Begedil Udang YANG EMMMDAPPP.
Bahan-Bahan:
4 ekor udang besar (kuantiti ni terpulang, jika mahu lebih rasa udang lebihkan kuantiti udang)
3 biji kentang
daun sup
bawang goreng
2 sudu udang kering
serbuk lada hitam
garam
Cili hidup hiris halus (jika mahu)
Cara membuatnya:
�goreng@rebuskan kentang yg telah dipotong nipis. Goreng hingga masak.
�tumbuk/lenyek kentang yang telah digoreng tadi. Asingkan dalam bekas.
�tumbuk segenggam bawang goreng bersama 2 sudu udang kering.
�potong kecil udang tadi
�gaul semua bahan tadi dengan tangan dan letak serbuk lada hitam, daun sup, cili hidup (jika mahu) yang telah dihiris nipis beserta garam secukup rasa.
�bentukkan bulat leper dan celup ke dalam telur yang telah dipukul.
�gorengkan dalam minyak yang sedikit.
No comments:
Post a Comment