Pizza Homemade
Bahan untuk roti piza (pizza based):
1 mug tepung gandum(mug besar biasa tu)
1/2 bungkus mauripan
1/2 mug air garam (secukup rasa & nanti tuang sikit2 mengikut lembut yg anda nak)
cara:
campur tpg ngan mauripan…boh air garam sikit2 sambil uli…uli rata, biar setengah jam-45 minit….sediakan loyang atau tudung periuk leper…sapu minyak…ambil tepung yg uli tadi, penyet2 & tempek atas loyang….pastu sapu sos cili atasnya (bleh gak kalau takboh sos dulu, lepas masak baru boh). tabur bawang besar (dadukan), cili hidup (hiris kecik2), nenas dipotong kecil, daging burger yang dihancurkan (atau daging cincang goreng tanpa minyak dulu bagi separuh masak & campur garam & lada hitam sikit untuk bagi rasa)….kalau ada cendawan butang & sosej boh la…last tabur cheese (nor guna cheesedale yg digunting2 kecil2…ada juga jual sekarang cheese yang dah siap diparut…kira timbang)…pastu bakar 180 darjah selama 35-45 minit…nyum2
*daging cincang boleh diganti dengan daging burger…lagi sedap
P/S: Lagi senang buat pizza atas tudung periuk yang takda tangkai tu sebab nak potong senang.
No comments:
Post a Comment