Thursday, 28 August 2014

Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Berniaga

Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Berniaga



Aku: Tauke, you buka kedai perabot ini boleh untung ke dalam kampung? You ambil 4 pintu, atas bawah. Bayaran sewa mahu mencecah RM12,000 sebulan.

Tauke: Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan? Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar.

Taktikal Seorang Tauke membeli kedai.

"Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!"

1. Beli Kedai Nisbah 3

Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama. Kenapa?

a. 1 kedai untuk berniaga sendiri
b. 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain

2. Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke

Harga Kedai, RM400k per unit. 3 Kedai sama dengan RM1.2 juta. Bayaran bulanan RM8,000 x 20 tahun.

2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.

Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.

1 kedai yang guna untuk buat business? Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan untuk beli jerat baru !


3. Make Your Account Strong

2 buah kedai disewakan, 1 kedai guna untuk berniaga sendiri. Memang akaun nampak strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.

4. Networking Business.

Tak ada duit nak beli kedai? Suruh bapa saudara you yang kerja kerajaan pergi beli kedai tersebut, you masuk buat berniaga dalam itu. Bapa saudara kena bayar bank RM5000 sebulan, you bayar sama dia RM7000. Kasi sikit sama dia.

5. Adik Beradik Yang Bekerjasama

Dalam keluarga, mesti ada orang yang bekerja dengan kerajaan atau orang yang kerjanya mudah buat loan. Sewa kedai dari adik beradik je, duit pusing sama-sama kita juga.

Abang saya beli kedai dan sewakan kepada kami adik beradik. Kami pun sewa dan buat perniagaan. Duit niaga digunakan untuk membayar loan abang la. Masing masing jaga periuk nasi adik beradik. Takkan dengan adik beradik sendiri pun you mau tikam? Takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan?

Di luar sana, ada pelbagai taktik dan teknik perniagaan yang dibuat oleh orang lain. Stay hunger, stay foolish.

Disebabkan Tauke Cina itu dah ajar aku ilmu berniaga, asalnya nak beli barang total kos RM1,000 sahaja, sudah beli berlebih-lebih 3 kali ganda.

No comments:

Post a Comment