Gosip Artis : Tarian "WarmUp" Seksi Tarik Tumpuan Dunia Pada Pelari Ini
Atlet Australia, Sally Pearson diketahui merangkul pingat emas dalam acara larian 100m berpagar wanita pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014 pada 1 Ogos lepas.
Beliau merupakan atlet lumba lari terkenal dunia dan kemenangan pingat emas di Glasgow, Scotland itu merupakan pingat emas keempat dalam kejohanan besar.
Bagaimanapun dalam acara itu, kebanyakan penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada beliau sebaliknya memberi tumpuan kepada pelari yang menduduki tempat kelima iaitu Michelle Jenneke.
Michelle baru sahaja berusia 21 tahun dan turut dilihat sebagai bakal pengganti kepada Sally yang juga atlet senegaranya tetapi peminat sukan ada sebab berbeza kenapa mereka meminati Michelle.
Pada acara World Junior Championship 2012 (Kejohanan Remaja Dunia 2012) di Barcelona, beliau telah mempersembahkan tarian yang agak seksi dan ceria sebelum memulakan perlumbaan pada ketika itu.
Tarian itu diperlihatkan Michelle pada saringan kedua, pusingan pertama di mana beliau memenangi saringan itu dengan catatan masa 13.52 saat.
Sejak itu, tarian pendek Michelle menjadi viral seluruh dunia maya.
Apabila para peminatnya mengetahui, Michelle berjaya layak ke acara 100m berpagar di Sukan Komanwel, mereka sudah bersidap sedia menantikan tarian berkenaan pada setiap kali turun beraksi di balapan.
Pada aksi akhir Michelle hanya menduduki tempat kelima di belakang Sally.
Stesen televisyen sukan Australia Fox Sports, menulis artikel berkaitan keputusan 100m berpagar wanita itu dengan tajuk “Tarian Jenneke Di Tempat Kelima Dan Sally Juara”.
Michelle dikenali sebagai seorang atlet yang ceria dan seksi. Di laman Instagram beliau, banyak dimuatnaikkan dengan gambarnya memakai bikini dan juga gambar-gambar saat percutiannya di seluruh dunia.
Sudah pasti selepas ini, aksi Michelle di pentas olahraga akan tetap dinantikan khususnya tarian awal sebelum lariannya itu. – SUMBER - MYNEWSHUB.MY
No comments:
Post a Comment