Wednesday, 27 August 2014

Ice Bucket Challenge Jadi Mimpi Ngeri

Ice Bucket Challenge Jadi Mimpi Ngeri



Kegiatan amal Ice Bucket Challenge yang diadakan bagi menyedarkan orang ramai mengenai penyakit gangguan saraf atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) rupa-rupanya menjadi mimpi ngeri bagi seorang lelaki.

Ini kerana, lelaki itu mengalami kecederaan selepas rakan-rakannya menggunakan sebuah pesawat ringan bagi menggugurkan kira-kira 400 gelen air ke atasnya.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital kerana bimbang mengalami kecederaan dalaman namun mujurlah doktor mengesahkan lelaki pertengahan usia itu hanya mengalami cedera ringan.
Menurut ketua Skydive Empuriabrava, Rolf Kuratle, mangsa dikejutkan dengan rakannya yang memang seorang juruterbang apabila mereka mengatur untuk melakukan aksi Ice Bucket Challenge ini dengan cara lain.

“Rakannya memandu pesawat itu yang digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan, dan telah menggugurkannya air ke atas rakan mereka,’’ katanya.
Ice Bucket Challenge bermula di Amerika Syarikat dan telah tersebar di media sosial. Ia kini berjaya mengumpul £37 juta untuk ALS.

Selebriti dunia turut terlibat dalam cabaran Ice Bucket Challenge ini.

No comments:

Post a Comment