Saturday, 30 August 2014

Temuduga Terbuka Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Lelaki & Wanita PDRM Kontinjen Negeri Sembilan.

Temuduga Terbuka Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Lelaki & Wanita PDRM Kontinjen Negeri Sembilan.

Eksesais pengambilan bagi jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis bagi Kontinjen Negeri Sembilan.

JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut :

1. Syarat-syarat pemohon
Pemohon yang berminat untuk berkhidmat / menyumbang tenaga di dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis adalah seperti berikut :

a) Taraf Kelayakan : Warganegara Malaysia
b) Umur : 18thn dan tidak lebih 45thn.
c) Ukuran Badan : Lelaki - Tinggi 162cm (5'4").
Lilitan Dada 81-86 cm (32"/34")
Berat badan 48kg
Wanita - Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg.
d) Penglihatan dan : Penglihatan vision 6/9 tanpa cermin mata
Pendengaran tidak buta,warna, dan pendengaran baik
e) Kelulusan Pelajaran : Lulus SPM. Kelulusan yang lebih tinggi digalakkan dan diberikan keutamaan.




f) Lain-lain Kelayakan :
i) Pemohon yang bekerja di jabatan Kerajaan/ Swasta hendaklah mendapat kebenaran bersurat melalui Ketua Jabatan / majikan masing-masing. Pemohon yang sering tugas luar (outstation)tidak digalakkan memohon.
ii) Bersih dari sebarang rekod jenayah / Cawangan Khas
iii) Tidak menjadi ahli / anggota badan beruniform yang boleh dikerah tenaga sewaktu darurat, kecemasan atau bencana
iv) Pemohon dari kumpulan 'Key Personal" seperti Hospital / TNB (Breakdown) / Telekom (Teach) serta pengawal keselamatan yang bertugas dengan kerajaan /Badan berkanun / Swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shif tidak layak memohon.

2. SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
a) Pemohon yang berjaya didalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, tapisan Jenayah dan Cawangan Khas sebelum layak diterima masuk berkhidmat.
b) Pemohon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Sukarelawan Simpanan Polis.
c) Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah terlakluk kepada Jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.
d) Pemohon yang telah dilantik akan menerima elaun Latihan/ Tugas iaitu bagi Anggota Pangkat Rendah Sukarelawan Polis RM6.00 sejam manakala Pegawai Kanan Sukarelawan Polis RM7.80 sejam

3. Cara-cara memohon :
a) Pengambilan ini dibuat secara "Walk in Interview" iaitu pemohon hendaklah membawa dokumen yang lengkap ke Dewan Balai Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tarikh temuduga ujian fizikal ialah pada 4-7 September 2014 bermula jam 8.00 hingga jam 2.00 petang.
b) Sila sertakan salinan fotostat kad pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti/ Tamat Sekolah
c) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Campbell, 70710 Seremban, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment