Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Bahan-Bahan :
1 kg siput sedut dibersihkan dan dipotong bahagian belakangnya
2 cawan santan cair
2 santan pekat
1 helai daun kunyit dikoyakkan
1 batang serai dititik
sedikit serbuk kunyit
bahan perasa
minyak untuk menumis
BAHAN UNTUK DIMESIN :
15 tangkai cili api
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang dikisar/dimesin sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan santan cair dan masukkan siput sedut.
3. Masukkan juga bahan perasa dan serbuk kunyit serta serai,daun kunyit
4. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan lagi
5. Siap untuk dihidang
No comments:
Post a Comment