Wednesday, 13 August 2014

Resepi Pajeri Nenas Kelantan Super Sedapp


Resepi Pajeri Nenas Kelantan

Bahan-Bahan :

1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit biji sawi
Buah nenas - saiz kecil/sederhana
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan bunga cengkih
Cili merah dihiris menyerong - untuk hiasan
Garam serta gula secukup rasa
Cuka masakan secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara Menyediakan:

1. Nenas dipotong kecil atau mengikut citarasa masing2.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
3. Masukkan bawang besar,bawang putih serta biji sawi dan tumiskan sehingga wangi.
4. Kemudian,masukkan pula serbuk kunyit dan kacau sebati.
5. Seterusnya, masukkan pula nenas yang dipotong kecil tadi dan gaulkan sebati.
6. Biarkan sehingga merenih dan masukkan cili merah yang dipotong menyerong dan gaulkan sehingga cili merah layu.
7. Masukkan gula serta garam secukup rasa.
8. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment