Tuesday 22 July 2014

Terjatuh dari tingkat dua?




Gara-gara terkejut dengan operasi pemeriksaan, seorang wanita warga asing ditemui terlantar kesakitan di atas jalan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua di pangsapuri Mentari Court, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Meldawati berusia lingkungan 30-an, mendakwa sedang tidur sebelum terkejut oleh bunyi ketukan pintu semasa pemeriksaan Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Dia yang mengaku seperti bermimpi terus membuka tingkap biliknya sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta pangsapurinya.

Pasukan polis yang berada dilokasi kejadian terus menghubungi ambulan untuk memberikan rawatan kepada wanita berkenaan.

Wanita terbabit dipercayai cedera parah di kaki dan pinggang akibat daripada insiden berkenaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment