Monday, 28 July 2014

Fesyen dan jubah bogel oleh wanita bertudung


Menutup aurat adalah tuntutan agama Islam kepada kaum lelaki mahu pun kaum wanita. Terutama pada golongan wanita, pelbagai fesyen pakaian telah tercipta oleh ramai pereka fesyen. Pelbagai jenis fabrik telah di ketengahkan. Tidak ketinggalan juga kepada pereka fesyen Islam. Tidak dinafikan fenomena ini menjadi bagai satu cetusan budaya rakyat Malaysia.


Actually, kesedaran menutup aurat nie bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Apa yang teman ingin ketengahkan adalah berkenaan pemilihan jenis fabrik pakaian tersebut. Bukan apa, mungkin wanita terpesona dengan corak dan design pakaian tersebut mereka terlepas pandang jenis fabrik tersebut yang nipis sehingga membolehkan orang lain melihat tubuh yang ingin dilindungi itu. Tolong lah... Wahai golongan wanita, peliharalah aurat kamu... Ketahuilah kamu, bahawa sesungguhnya "Wanita adalah golongan majoriti penghuni neraka".




Baru-baru ini, seorang celebrity pulak yang berpakaian sebegini. Namanya dah cukup cantik. Tapi.... mmm... malas nak cakap...


Gambar ehsan Google.

Banyak kali teman terserempak dengan wanita berpakaian jubah seperti ini. Tapi teman tak tergamak untuk ambil gambar mereka nie, dengan niat tidak mahu memalukan mereka. Cukuplah sekadar carian di Google. Adakah mereka sengaja berpakaian seperti ini? Atau pun mereka tak sedar? Entah la...


Gambar ehsan Google.

Pernah juga terlihat sepupu sepapat teman berpakaian seperti dalam gambar diatas. Mereka nie dah bergelar isteri orang. Nak tegur, serba salah. Tak tegur pula, nampak macam bersubahat. Berbalik kepada persoalan, kome bertudung, berjubah bagai, adakah untuk menyahut seruan agama ataupun hanya untuk berfesyen?




Secara tidak sedar pakaian jubah telah ditelanjangkan oleh mereka yang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukan. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam?



Kadang-kadang, terdengar jawapan apabila di tegur "Aku tidak menutup aurat, itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!"



Mungkin mereka terlupa, tak tahu atau pun buat-buat tak tahu. Jika seorang wanita itu membuat maksiat dan tidak menutup aurat, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti. Siapakah mereka itu?

Mereka-mereka inilah :

Ayahnya
Suaminya
Saudara-saudara lelakinya
Anak lelakinya

Oleh itu, sedarlah wahai wanita! Teman harap entry di pagi Jumaat ini mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. Klik disini untuk membaca artikel golongan yang menanggung dosa wanita disini.

Teman doakan semoga mereka mendapat hidayah dan keinsafan untuk berubah. Semoga ianya dipermudahkan buat mereka. Amin.

No comments:

Post a Comment