Tuesday 22 July 2014

Kosmo kene tipu? Gambar Hantu Di Hospital Melaka




Lawak dan sungguh kesian pun bila surat khabar di Malaysia ni selalu diperbodoh dengan pihak lain. Hari ini Akhbar KOSMO menyiarkan satu berita berkenaan hantu yang dijumpai seorang jururawat. Memang satu berita mengemparkan dan sangat seram yang membuatkan orang takut untuk ke Hospital Melaka. Berikut adalah berita penuh seperti yang dilaporkan.


Jururawat rakam imej hantu


MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.
Rujuk screenshot di atas.

Ok..Sebelum korang mula rasa seram dan mula terbayang2 hantu di hadapan lif hospital swasta ni, lihat dulu dua gambar di bawah:-

Yes..hantu yang sama..mungkin negara kita telah diserang hantu wanita ini??..kerana gambar hantu ini telah dijumpai di banyak tempat!!!…kahkahkahkah..

Kepada KOSMO, tahukah korang tentang apps untuk Android dan iOS yang diberinama Camera 360 Ultimate? Kami pasti ini pertama kali korang dengar tentangnya. Apa yang pasti, kami rasa jururawat di hospital swasta tu tengah gelak berguling-guling sebab mampu memperdaya sebuah syarikat akhbar dengan begitu mudah dan memalukan…kahkahkahkahkah..
 

No comments:

Post a Comment