Saturday, 26 July 2014

Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi

Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa makna aidilfitri apabila insan tersayang pergi tidak terduga. Begitulah nasib keluarga mangsa MH17 yang lansung tidak memikirkan aidilfitri termasuklah keluarga arwah Hasni Hardi anak saudara ku. Acara pertama aku Aidilfitri tahun ini adalah menziarahi Abang Parlan dan Kak Asiah, semuga ianya dapat berkongsi kesedihan. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.

Asiah Rajikun ibu mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan, berharap jasad atau apa sahaja anggota badan mangsa dapat dibawa pulang segera sebelum Hari Raya Aidilfitri ini dari kawasan nahas supaya boleh disemadikan di pusara sendiri.

“Kami sekeluarga sangat berharap jasad Hasni dibawa pulang secepat mungkin. Selagi kami tidak melihat jasad atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan selagi belum mendapat bukti depan mata, hati tidak tenang.


Abang Parlan dan Kak Siah

“Bukan kami tidak reda ketentuan Allah, tetapi seboleh-bolehnya mahu jasadnya dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan walau dalam bentuk apa juga,” Asiah berkata, mereka sekeluarga akan berpuas hati apabila anaknya itu mempunyai kubur sendiri yang kelak boleh dilawatinya bersama suami dan empat anaknya yang lain. – Utusan Online

Setiap kali aku membaca berita berkenaan Hasni Hardi pasti rasa sayu menerpa diri apatah lagi Abang Parlan dan Kak Asiah. Bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya tragedi MH17 yang mula kelihatan sangat sukar tetapi diberi jalan sehingga PM Najib Razak dapat membawa pulang jenazah mangsa walaupun terlewat dari janji sebelum aidilfitri. Diplomasi DS Najib Razak yang berjaya memujuk Alexander Borodai ketua perjuang pemisah sehingga dapat menyerahkan dua kotak hitam memang memeranjatkan dunia. Apa pun semuanya dengan izin ALLAH kerana DS Najib Razak khabarnya sentiasa meminta nasihat daripada beberapa maulana.



Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17

Kejayaan DS Najib Razak tidak disenangi segelintir rakyat Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan warna kota hitam MH17 yang diterima oleh Wakil Malaysia, Mejar Muhamad Mustafa Omar yang berwarna oren bukan warna hitam. Mungkin mereka ini kurang ilmu pesawat walaupun sudah banyak didedahkan ketika tragedi MH370. Tak kisah lah apa mereka cakap yang penting syukur kotak hitam masih dalam keadaan baik dan tiada bukti yang kotak hitam MH17 telah di manipulasi oleh pihak pemberotak pro Russia. Semuga dengan penemuan kotak hitam akan menjawab misteri sebenar penembak pesawat MH17.



Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17

Kepada semua keluarga mangsa MH17 termasuk Abang Parlan dan Kak Asiah kami semua bersama anda. Mereka yang pergi dahulu pasti lebih disayangi oleh ALLAH dan sama-sama kita berdoa untuk yang muslim semuga Syurga milik mereka. Semuga jenazah mangsa tragedi MH17 boleh dibawa balik segera dan disemadikan di kampung halaman. Ketika melalui kesusahan begini teringat aku kepada doa tawaf pusingan ke empat yang boleh jadikan semangat kepada kita semua.

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu – Doa Tawaf Pusingan ke empat

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga diberi ketabahan untuk keluarga korban.

No comments:

Post a Comment