Saturday, 26 July 2014
Cuti Raya – Tandas Pun Nak 'JEM'
Dalam tempoh dua hari lagi sebelum Aidilfitra, jutaan rakyat Malaysia kini dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing.
Tidak dinafikan, kalau balik cuti biasa, jalan rayalah tempat yang paling sesak dan menstresskan. Tapi kalau balik cuti raya, bukan sahaja jalan raya yang sesak, tandas R&R pun mengalami masalah 'JEM' ni.
Gambar yang dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook ini adalah suasana di R&R Ladang Bikam di Perak, sebentar tadi.
Memang kalau setiap kali cuti raya, begini lah jadinya. Yang hairanya, tiap-tiap tahun, masalah sama juga terpaksa dihadapi oleh pengguna jalan raya.
Kan bagus kalau ada pihak yang boleh tambah tandas kat R&R ni. Lancar sikit perjalanan balik raya tahun-tahun mendatang.
Labels:
McmMcmHal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment