Saturday, 26 July 2014
JURUTERBANG MUDA CUBA KELILINGI DUNIA MAUT, PESAWAT TERHEMPAS
Hari ini sahaja, dua berita nahas pesawat diterima dunia apabila sebuah pesawat terhempas di Taiwan. Terbaru juruterbang muda yang cuba mencipta rekod dunia dengan terbang mengelilingi dunia maut selepas pesawat mereka terhempad di Lautan Pasifik.
Pesawat yang diterbangkan Haris Suleman, 17 dan bapanya Babar terhempas selepas berlepas dari Pago Pago di American Samoa pada malam Selasa, memetik laporan laman web The Guardian.
Serpihan pesawat dan mayat kedua-dua mereka sudah pun ditemui oleh pihak berkuasa.
Haris dan Babar, meninggalkan Indiana pada 19 Jun dengan harapan untuk mencipta rekod berkenaan dalam masa hanya 30 hari untuk penerbangan mengelilingi dunia menggunakan pesawat berenjin tunggal.
Rekod juga ingin dilakar untuk juruterbang paling muda untuk melakukannya iaitu berusia 17 tahun.
Penerbangan itu dilakukan untuk meraih kutipan dana untuk Yayasan Penduduk, sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang membina sekolah di Pakistan.
Mereka pada asasnya sudah pun terlepas sasaran selama 30 hari kerana beberapa masalah kesihatan, dan merancang untuk kembali pada Ahad depan.
Kakak Haris, Hiba Suleman berkata penerbangan rekod itu merupakan impian bapanya sejak bertahun lamanya dan adiknya itu juga terlalu teruja untuk melakukannya.
Haris, baru sahaja menerima pengiktirafan lesen juruterbangnya yang meluluskannya untuk terbang di atas kawasan lautan dan merancang untuk menjadi juruterbang selain waktu kecemasan.
Laporan The Guardian, turut melaporkan bahawa kedua-duanya sudah menghadiri latihan mengandalikan keadaan kecemasan termasuk melakukan pendaratan di atas permukaan air.
“Dengan penerbangan seperti ini, sentiasa wujud risiko dan mereka berdua bersedia untuk menghadapi risiko berkenaan.
“Anda boleh merancang segala-galanya dengan baik, tetapi kadangkala perancangan kita tidak berlaku seperti apa yang kita rancangkan,” kata Hiba.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerik Syarikat (AS); Ian Gregor di Los Angeles berkata pesawat Hawker Beechcraft yang digunakan terhempas di lautan itu tanpa diketahu sebabnya.
Pasukan Pengawal Pantai AS melalui jurucakapnya Petty Officer Melissa McKenzie berkata saksi melaporkan melihat pesawat yang menghala ke Honolulu, Hawaii itu terhempas kira-kira sebatu dari kawasan pantai tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pago Pago.
Kedua-dua, Barbar dan Haris telah melakukan beberapa persinggahan antaranya di Eropah, Afrika, Asia dan Pasifik Selatan.
Remaja itu turut memberitahu media Indianapolis Star awal bulan ini bahawa dia memang menyukai setiap lokasi persinggahan yang dilalui.
“Terlalu banyak keindahan budaya di setiap negara yang saya singgah dan tidak banyak yang dapat diketahui mengenai sesebuah negara jika kami hanya singgah selama dua hari sahaja,” katanya dalam emel kepada akhbar berkenaan.
Labels:
Tragedi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment