Wednesday, 30 July 2014
Pekara-Pekara Pelik Yang Kita Suka Amalkan Di Malaysia!!
1. Memandu perlahan di lorong laju. Memandu laju di lorong perlahan.
2. Orang yang lambat bayar saman trafik, dapat potongan harga. Orang yang ikut perintah bayar awal, kena bayar penuh.
3. Rata2 orang kita suka jamban cangkung di tandas awam, tapi rata2 jamban duduk pulak yang lebih banyak di sediakan. Geli !
4. Membuang sampah di tempat yang ada tulis "Di larang membuang sampah di sini". Lain kali kalau nak larang orang buang sampah, buatlah signboard"sila buang sampah di sini"
5 Sembahyang sunat Tarawikh penuh masjid, tapi sembahyang fardhu Subuh tinggal 3 orang .. Imam, Bilal dan Siak.
6. Puasa yang terpaksa menahan lapar dan dahaga - cukup jaga, tapi sembahyang yang sangat mudah - dilalaikan.
7. Cakap dengan entah sapa-sapa berjam-jam, cakap dengan makayah tak sampai seminit.
8. Cakap orang putih dalam khalayak yang semua faham cakap Melayu.
9. Elaun keraian diberikan kepada boss-boss besar yang selalu diraikan....
Ini antara amalan-amalan terbalik yang jangan diamalkan ialah dalam kehidupan seharian, pelik kan manusia?, perkara yang ditegah dan dilarang, perkara itu la manusia suka lakukan!! manusia..manusia..
Labels:
McmMcmHal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment