Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

GADIS CANTIK SELFIE SELEPAS DITETA





JURURAWAT SEMPAT BERSELFIE SELEPAS DITETAK | MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.


Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.


Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.


“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.


“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.


Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya, lapor Agensi.

Wednesday, 3 September 2014

Percayakah Anda Ayam Dari Jawa Ini Dagingnya Berwarna Hitam

Percayakah Anda Ayam Dari Jawa Ini Dagingnya Berwarna Hitam


Hitam bukan warna yang luar biasa dalam dunia haiwan; beruang hitam, gorila berwarna hitam, terdapat baka anjing dan kucing yang berwarna hitam. Tetapi ini baka ayam Indonesia dikenali sebagai Ayam Cemani 'hitam' adalah sama sekali berbeza.

Warna hitam Ayam Cemani tidak terhad kepada bulu - warna pada keseeluruhan dan juga di bahagian dalam. Segala-galanya tentang ayam ini adalah hitam - kulit, paruh, lidah, kaki, kuku kaki, termasuk daging, tulang, dan organ-organ.

Walaupun darah ayam ini tidak hitam, tetapi sangat berwarna gelap. Ayam Cemani begitu menakjubkan dan eksotik ia disebut sebagai "Lamborghini of poultry."

Di Indonesia 'Cemani ' diterjemahkan kepada' sepenuhnya hitam 'dalam bahasa Jawa. Baka eksotik ini berasal dari Jawa di Indonesia. Mereka telah diperkenalkan ke Eropah pada tahun 1998 oleh pembiak baka Belanda, di mana ayam ini telah menarik minat yang besar di kalangan peminat ayam kerana penampilan dan genetik up.

Ayam Cemani adalah salah satu daripada ayam yang paling mahal di dunia yang berharga sehingga $ 2,500.

Di Asia, Ayam Cemani dipandang tinggi kerana dagingnya dipercayai mempunyai kuasa perubatan. Daging ayam ini dianggap memberi manfaat kepada wanita sebelum dan selepas bersalin. Ayam Cemani juga kadang-kadang dikorbankan semasa melahirkan anak dipercayai nasib akan datang kepada ibu.

Ayam ini juga dikorbankan di majlis-majlis khas, kerana ia dianggap membawa tuah. Sesetengah orang Asia percaya bahawa makan ayam ini akan meringankan hati nurani mereka, dan kokokan ayam ini membawa kemakmuran.


 








Subhanallah! Telur dalam telur ade telur.

Subhanallah! Telur dalam telur ade telur.



Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan.

Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

“Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.

Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.

Kehendak Allah tiada siapa mampu mengatasinya. SubhanaAllah..

Tuesday, 2 September 2014

Liang Roma seorang wanita Ditumbuhi Kuku

Liang Roma seorang wanita Ditumbuhi Kuku



Penyakit seorang pelajar universiti dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri selepas menghidap sejenis penyakit aneh di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.

Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.

Menurut Shanyna, dia terpaksa melindungi kepalanya yang botak selepas ditumbuhi kuku dengan skarf dan rambut palsu selain menunggu penawar yang belum ditemui.

Jelas doktor, kulit Shanyna menghasilkan 12 kali ganda sel-sel kulit biasa di setiap liang romanya sehingga menjejaskan keadaan kulitnya.

“Pada September 2009 lalu, saya mengambil ubat penahan sakit steroid kerana diserang asma, dan selepas beberapa jam saya seluruh tubuh saya berasa sangat gatal,” katanya kemudian menambah keseluruhan kakinya turut diselaputi benjolan kehitaman.

Kini, kumpulan pakar bertungkus lumus mengkaji penyakit misteri Shanyna dan hanya mampu mengawal simptom daripada merebak.














Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban

Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban





Macam pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.




Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.



Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?

Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian. Apa komen korang?

Monday, 1 September 2014

Jom Lihat Perubahan Wanita Ini Selepas Jalani Pembedahan Plastik

Jom Lihat Perubahan Wanita Ini Selepas Jalani Pembedahan Plastik



Gadis Korea Gong Ho Jeong telah mengalami buah dada kendor melampau sehingga 37cm (14.5 inci). Ini bukan sahaja memberi kesan kepada pergerakannya tetapi juga kehidupannya. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyertai persembahan live Korea 'Let's beauty' dan diterima untuk pembedahan plastik percuma.


 







 

SERAM HANTU wanita di foto keluarga Presiden Indonesia

SERAM HANTU wanita di foto keluarga Presiden Indonesia

Tahun baru 2014 baru saja kita lewati. Semua orang bersorak bahagia menyambut hari baru ini tak terkecuali keluarga Presiden SBY. Keluarga Presiden Susilo Bambang Yudhoyono merayakan malam tahun baru 2014 di Istana Cipanas, Cianjur, Jawa Barat. Dalam kesempatan ini, keluarga Presiden SBY turut mengugcapkan selamat tahun baru kepada rakyat Indonesia melalui sebuah foto.

Foto keluarga tersebut diposting ke akaun Instagram Bu Ani. Namun apa yang mengejutkan foto yang disiarkan menjadi topik hangat hingga diulas oleh akhbar-akhbar di Indonesia.

Ramai pengguna Instagram memberi komen tentang wajah sipi muka seorang wanita yang berada dibelakang isteri Presiden Indonesia itu.

Rata-rata mereka bertanyakan jika betul itu wajah manusia kenapa dia seolah-olah sedang cuba menyorok dari diambil gambarnya dan ada juga yang bertanya adakah wajah hantu seorang wanita menjelma ketika gambar tersebut diambil............ hanya keluarga presiden atau orang yang mengambil gambar tersebut boleh menjelaskannya.



Foto keluarga Presiden Indonesia yang menjadi perdebatan di internet. Kelihatan didalam bulatan merah foto wajah seorang wanita yang dirakamkan......... siapa wanita itu?.

Makanan Yang Dipalsukan Di China

Makanan Yang Dipalsukan Di China

Sememangnya umum mengetahui, semua perkara-perkara pelik kebanyakannya datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan telur palsu atau telur tiruan yang dikatakan dijual secara meluas di seluruh dunia.

Namun bukan itu sahaja yang palsu, sebenarnya ada banyak lagi cuma tidak dihebah-hebahkan. Pada kali ini kami akan membawa anda menerjah beberapa makanan palsu yang dihasilkan di China.. jom layann



1) Kacang Walnut Palsu
Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.

2) Madu lebah palsu

Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.




3) Daging lembu palsu

Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi.Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.




4) Beras palsu

Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras.”Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik,” kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.



5) Telur palsu

Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.

6) Ban kitar semula

Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

Thursday, 28 August 2014

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan | Apabila berbicara tentang ikan berkaki ini, admin Kisah Best tidak boleh nak lari dari mengingat tentang kisah ikan tembakul. Ikan tembakul merupakan spesis ikan yang berkaki. Adakah ikan berkaki ini ada kena mengena dengan ikan tembakul. Mungkin. Tetapi hakikatnya, ikan berkaki ini bernama Axolotl. Dalam kisah ini Axototl telah digoreng dan dimakan oleh seorang wanita warganegara Jepun di Osaka. Apa yang terjadi? Sedap ke ikan berkaki ni?








Wednesday, 20 August 2014

Budak Lelaki Miliki Tangan Gergasi


Budak Lelaki Miliki Tangan Gergasi




SEKUMPULAN doktor di India bingung dengan penyakit tangan seorang kanak-kanak lelaki yang bersaiz gergasi, malah lebih besar daripada kepalanya.

Tangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kaleem itu adalah seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter.

Kaleem berkata,”Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu budak-budak lain takut dengan tangan saya.


“Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka juga berkata, mari memukul budak tangan besar.”

Tuesday, 19 August 2014

Giler..!!! Kanak-kanak ini Makan 14 Kg Nasi, 8 Kg Ikan dan 180 Pisang Seminggu.

Kanak-kanak ini Makan 14 Kg Nasi, 8 Kg Ikan dan 180 Pisang Seminggu.


Suman Khatun mungkin jadi salah satu kanak-kanak tergemuk sedunia. Bagaimana tidak? Diusianya yang ke-9, ia mempunyai berat badan 100 kg. Berat badan Suman adalah 5 kali ganda anak-anak normal seusianya.

Budak perempuan yang tinggal di Bengal Barat, India, itu sendiri hampir 1 meter tingginya. Dalamrakaman dokumentari ditunjunkkan asal usul berat hebat Suman kerana nafsu makannya yangterlalu besar. Dalam seminggu ia menghabiskan 14 kg nasi, 8 kg ikan, 8 kg kentang dan 180 pisangserta makanan ringan .

"Semua rakan-rakanku kurus tapi aku gemuk," kata Suman. "Tapi aku tidak punya masalah dalamberdiri, duduk, tidur dan masih bermain serta berlari dengan rakan-rakanku."

Ibu bapa Suman sendiri mengaku tidak sampai hati untuk menolak keinginan anaknya untuk makan sentiasa. Walaupun begitu bunya, Beli Bibi, berkata ia mencari bantuan ke doktor untuk makan yang mengatasi ketagihan ini. .

"Saya bimbang mengenai masa depan saya kerana yang lain normal. Adakah menyakitkan," beber Beli Mak Cik. "Kami rasa dia menghidap hipertiroidisme tetapi dia keperluan dirawat. Dikawal Jika tidak, dia boleh mendapat diabetes atau serangan jantung."

Saturday, 16 August 2014

Ngeri!! Cara Kebumi Mayat Di Tibet


Ngeri!! Cara Kebumi Mayat Di Tibet




Amalan oleh Buddha Di gunung yang tinggi di Tibet, di mana pokok-pokok tidak tumbuh, sumber semula jadi yang terhad, dan tanah itu keras, Buddha Tibet tidak mengebumikan sumber-sumber berharga yang mati, dan tidak juga mereka membakar bahan buangan badan. Dari habuk debu, daging kepada daging, tiada apa yang sia-sia.

Ini adalah cara bagaimana sami Tibet yang telah meninggal dunia diletakkan di puncak bukit kononnya untuk berehat dan membiarkan roh mereka tinggal di puncak bukit. Mereka memotong mayat dengan potongan yang kecil sehingga jadi makanan burung hering. Mereka menunggu sehingga burung-burung memakan bangkai dan mengumpul tulang-tulang yang tinggal.

Menurut budaya mereka juga mayat dibawa di sana untuk memberikan suatu tempat yang lebih baik dan meninggalkan semangat si mati kekal disana .

Burung pembangkai(burung hering) adalah simbol kehidupan bagi mereka bahawa kematian seseorang itu hidup untuk tanda lain pembaharuan. Ini adalah satu amalan yang suci kepada mereka ia dipanggil 'Sky Burial'.

Friday, 15 August 2014

Lelaki hias rumah dengan Bra

Lelaki hias rumah dengan Bra




Pelik tapi itulah yang sebenarnya. Seorang lelaki dichina mempunyai hobi yang lain daripada orang lain di mana menghiasi rumahnya dengan pelbagai jenis bra.







Ape itu segitiga bermuda dan cerita di sebaliknya....


Ape itu segitiga bermuda dan cerita di sebaliknya....
|

Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1}Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :

"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15)

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an'am : ayat 130)

Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3}

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA


Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan 'penghuninya'.





Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi 'rakan'nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}






Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut (klik untuk besarkan ; kiri ke kanan) :











Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}


Ebook Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud) | 4 Shared
___________________________________
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
2.Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
3.Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M)
4.Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
5.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
6.Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9. Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau,