Saturday, 26 July 2014
#Mh17 Lagi mayat ditemui di lokasi nahas
Beberapa serpihan rangka utama pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan beberapa mayat ditemui lagi dikawasan hutan berdekatan lokasi nahas dekat Grabovo. timur Ukraine.
"Kami ada menemui beberapa mayat kelmarin dan beberapa lagi mayat pada hari ini (semalam)," kata jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah kepada akhbar Sydney Morning Herald Michael Bociurkiw.
Bociurkiw bersama anggota-anggota pasukannya telah melawat ke lokasi nahas di Donetsk bersama penyiasat dari Belanda, Malaysia dan Australia. Sebanyak 37 warga Australia berada dalam pesawat MH17 ketika nahas berlaku.
Ia merupakan lawatan pertama anggota-anggota penyiasat dari Australia ke lokasi nahas.
"Penemuan paling penting ialah sebahagian besar rangka utama pesawat yang ditemui di dalam hutan," kata Bociurkiw kepada pemberita saluran televisyen ABC.
Pesawat itu yang membawa 298 penumpang dan kru terhempas dipercayai terkena tembakan peluru berpandu Buk di lokasi nahas.
Ketika nahas, pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. - Agensi
Labels:
Gempar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment