Friday 25 July 2014
Adakah Sah Puasa Orang Yang Terlewat Mandi Wajib Sehingga Masuk Waktu Subuh ?
Adakah Sah Puasa Orang Yang Terlewat Mandi Wajib Sehingga Masuk Waktu Subuh ? - Ada yang menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk.
Sah atau tidak puasa orang seperti ini?
Jawapannya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh “Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.
Labels:
Suka Suka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment