Tuesday, 29 July 2014

ROZITA CHE WAN BERAYA DI KL SEBELUM PULANG KE KEDAH



KL, 27 JULAI 2014: Belum pun setahun pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumahtangga dan buat pertama kalinya tahun ini pasangan romantis ini bakal menyamb ut Aidilfitri bersama-sama. Khabarnya Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta beraya di Kuala Lumpur tahun ini, rindulah orang di Kedah dengan aktres jelita ini.

Che Ta yang ditemui baru-baru ini kelihatan teruja nak beraya bersama keluarga mertua. Maklumlah, katanya sudah lama tidak merasakan beraya dengan keluarga selain daripada keluarga sendiri. Walaupun sedang sarat mengandung, Che Ta tetap akan memasak juadah kegemaran suami tercinta.

“Tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur dahulu dengan keluarga mertua. Dapatlah juga merasa beralih angin. Kalau tak balik Kedah saja, tapi raya tahun ini hari raya ketiga baru kami pulang ke Alor Star.

“Istimewanya tahun ini kami beraya sebagai sebuah keluarga yang besar, Saya dah janji dengan Zain nak masak lauk kegemarannya, lontong dengan resipi rahsia sambal dan kuah masak lemak dari emaknya,”ujar Che Ta yang kini sarat mengandung 6 bulan anak pertamanya dengan pelakon Oh My English itu.

Selain itu, dia juga memberitahu berat badannya kini yang n aik hampir 20kg semenjak berbadan dua. Daripada 48kg kini berat badan Che Ta mencecah 65kg dan dia akan bercuti panjang untuk menjalani tempoh pantang.

Yang menariknya, semenjak mengandung Che Ta mengidam untuk makan burger. Tetapi ia bukan burger yang dijual di restoran makanan segera sebaliknya yang dijual penjaja biasa dan setiap malam dia mahu mencuba daripada tempat yang berbeza.

No comments:

Post a Comment