Tuesday, 29 July 2014
Okinawa tempat percutian indah dan menarik
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas aku teringat pada seorang sahabat lama tuan punya sebuat travel agen yang terkenal, apa lagi terus je aku telefon dia. Dari bunyi deringan telefon sepertinya dia berada di luar negara. Tekaan aku tepat dia berada di Okinawa Jepun. Apa lagi bising membebel aku sebab dia tak ajak aku melawat lokasi pelancongan idaman.
Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Jepun. Sudah lama teringin untuk pergi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, tetapi masih belum berkesempatan. Okinawa mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, dari tarikan darat sehinggalah ke dasar laut.
Sekiranya kita belum pernah pergi ke sana, pasti sukar untuk membayangkan pelbagai lokasi dan tarikan pelancong yang menarik di Okinawa. Menurut cerita sahabat aku ini terdapat banyak lokasi menarik seperti Kabira Bay di pulau Ishigaki.
Kabira bay di pulau Ishigaki
Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warni
Selain itu, terdapat juga acara-acara perayaan yang menarik di Okinawa. Perayaan-perayaan ini diraikan oleh penduduk di sana dengan cara yang berbeza-beza.
Para pemuda di Okinawa mempersembahkan tarian elsa.
Festival Haaree menjadi salah satu tarikan di Okinawa
Budaya di Okinawa juga pastinya berbeza dengan budaya di tempat kita, Malaysia. Antaranya seperti penggunaan alat musik Sansen. Musik ini merupakan salah satu musik yang berasal dari Okinawa. Terdapat juga teknik tradisional mewarna fabrik yang diamalkan di Okinawa.
Bingata , teknik mewarna fabrik tradisional Okinawa
Alat musik sansen
Tak dapat melancong ke Okinawa bersama sahabat, dapat melihat gambar-gambar yang menarik pun sudah memukau mata bayanglah kalau dapat bercuti di Okinawa mesti lagi seronok. Memang azam suatu hari nanti nak bercuti di Okinawa untuk menambah koleksi kisah kembara aku di blog Travel Denaihati di Denai.my doakan tercapai.
Japan Tourism Board sedang mempromosi cuti-cuti di Okinawa dengan kempen I Love Okinawa untuk mengalakan rakyat Malaysia bercuti di sana. Salah satu aktivit sempena kempen #ILoveOkinawa adalah penganjuran contest. Apa yang anda perlu lakukan adalah.
Like Facebook Fanpage VisitOkinawa.my
Kemudian pilih tiga gambar yang anda suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan
Satu gambar pemenang akan diumumkan di Fanbook Okinawa.
Kemudian 55 pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara random daripada semua yang menyertai.
Penganjur akan mengirim email kepada pemenang.
Pemenang akan menerima hadiah berikut:
Hadiah pertama untuk 5 orang : “Ryukyu Glass”
Hadiah kedua untuk 5o orang : “Star Sand”
Jom layari halaman khas Kontes #ILoveOkinawa.
Memang mudah contest yang dianjurkan jangan lepaskan peluang. Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Okinawa, pihak Okinawa juga akan berada di MATTA Fair untuk promosi pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang paling menarik untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej menarik dan melancong bersama seisi keluarga ke pelbagai lokasi yang disediakan.
Jom nikmati gambar-gambar menarik yang disediakan khusus untuk contest ini di bawah.
Filed Under: Advertorial, Contest, Travelog Tagged With: Contest, Free, Freebies, Giveaways, Holiday, Holiday Travel, lokasi pelancongan idaman, Okinawa, pengalaman bercuti di Okinawa, tempat menarik di Okinawa
Labels:
Tempat Menarik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment