Tuesday 22 July 2014

Sedih apabila balik kampung, lihat ibu sudah tidak bernyawa



Rahmat (tengah) menunjukkan rantai emas dan dua telefon bimbit yang dipercayai dicuri dari kediaman mangsa.

KOTA TINGGI - Seorang warga emas yang juga merupakan penerokawati di Felda Lok Heng Barat di sini ditemui oleh anaknya dalam keadaan tidak bernyawa malam tadi dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di kediamannya.

Mangsa, Jariah Abu Bakar, 62, ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah oleh anaknya yang kebetulan baru balik dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman dalam satu sidang media berkata, mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian di rumah tersebut dan mempunyai tiga orang anak.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan lima orang suspek kejadian termasuklah sepasang suami isteri di beberapa lokasi berhampiran dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Suspek utama dalam kes ini merupakan remaja berusia 15 tahun dan tidak bersekolah.

“Pihak polis juga berjaya menemui barang mangsa yang dicuri iaitu dua telefon bimbit serta seutas rantai emas. Siasatan awal mendapati suspek utama cuba melakukan pecah rumah dan telah masuk ke rumah tersebut melalui bumbung rumah.

“Supek juga bertindak memecahkan siling rumah tersebut. Mangsa yang menyedari kehadiran suspek telah menjerit namun suspek memukul mangsa dengan sebatang kayu di bahagian kepala sehingga menyebabkan mangsa maut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment