Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

TERKINI : Pencuri Berlian RM1.4 Juta Di Bukit Bintang Ditahan!

TERKINI : Pencuri Berlian RM1.4 Juta Di Bukit Bintang Ditahan!



Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.

Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.

Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mulan berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.

Bagaimanapun semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan gelagat mereka yang mencurigakan.

Menurutnya, seorang daripada dua suspek merupakan perancang utama dan dikenali sebagai Meng.
Jelasnya, identiti itu dikenalpasti menerusi cap jari yang diambil ketika suspek ditahan pada 2012.
“Mereka (suspek) sangat terkejut (ketika ditahan).

“Sekarang polis daripada beberapa negara seperti Malaysia, Switzerland, Jerman, Belgium, Britain dan Bahrin sedang berkerjasama,” katanya sambil menambah Meng, 46, mempunyai waran tangkap dari Bahrin.

Penjenayah profesional dalam mencuri berlian dan emas itu didakwa telah melarikan barangan berharga di Bukit Bintang pada 14 Ogos lalu.

Mereka juga dipercayai menggunakan beberapa pasport untuk memasuki setiap negara bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Tuesday, 26 August 2014

Kemalangan Ngeri antara SAGA dan HILUX.

Kemalangan Ngeri antara SAGA dan HILUX.

Kejadian ini berlaku di Persimpangan jalan Kota Belud, Ranau..berhampiran kampung Kiau
Menurut saksi, kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke arah Bundu Tuhan.
Manakala kereta jenis proton saga yang dipandu oleh seorang guru perempuan dari Kota Belud yang bertugas di Sk Randagung..

Kedua-dua kenderaan telah bertembung dan mengakibatkan
Mangsa yang teruk seorang pemandu telah tersepit dalam kenderaannya.
Punca insiden ini masih belum dikenalpasti. Polis sedang membuat siasatan lanjut.





Tuesday, 19 August 2014

LAHAD DATU Serangan Hendap :6 Mayat Polis Menggerikan Ketika Ditemui

LAHAD DATU Serangan Hendap :6 Mayat Polis Menggerikan Ketika Ditemui



Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Selasa.

Pegawai Penyiasat Insp Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

“Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

“Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka,” katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran “hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.”

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.

Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai ‘Imam Tua’ dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

“Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?” soal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mohamad Hasnal: “Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut.”

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Feb tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Feb.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis ASP Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.

Monday, 18 August 2014

Landasan konkrit MRT runtuh tidak harus berlaku

Landasan konkrit MRT runtuh tidah harus berlaku

Setahun yang lepas, jejambat Putrajaya Link dan jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh. Semalam jam 8.30 malam, jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang masih dalam pembinaan bagi projek landasan MRT di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya telah telah tertanggal dari tiang dan terjatuh mengakibatkan 3 pekerja warga Bangladesh disyaki maut tertimbus dihempap konkrit tersebut.









Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan telah tertanggal dari tiang dan terjatuh.

MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

Tiga pekerja terbabit adalah warga negara Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.

Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kwasa Damansara yang dalam pembinaan.

Siasatan kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 yang dikendalikan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. telah digantung sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan MRT Corp kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.

“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.

Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Sumber Astro Awani.
Aku tak nak tulis banyak, korang boleh baca je artikel dulu yang lebih kurang sama point dia. Isu struktur runtuh ni bukan perkara yang baru, dah banyak kali pun berlaku, cuma yang lebih tak sedap didengar sebab ia berlaku ketika projek masih lagi dalam pembinaan yang pastinya masih di bawah seliaan dan pemantauan rapi oleh pihak kontraktor. Aku pun tak nak salahkan siapa2, cuma harap pihak berkuasa, Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH) serta SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap insiden ini. Walaupun yang maut itu warga Bangladesh, mereka tetap manusia yang nyawa mereka tetap bernilai kepada ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak2 mereka.

Cuma aku nak kongsi kisah kawan aku yang renovate rumah. Dia upah seorang kontraktor warga Indonesia untuk renovate rumah dia dengan harga yang agak murah. Renovationnya melibatkan sedikit perubahan pada struktur dalaman rumahnya di mana terdapat dinding yang dipecah agar ruangnya lebih besar. Namun di atas dinding yang dipecah tersebut ada tangki air yang setelah itu hanya ditampung dengan kayu.

Kawan aku bertanyakan kepada kontraktor Indon tersebut kuat ke kayu tu untuk tampung tangki air tu? Kontraktor tu cakap memang OK, memang biasa dah dia buat banyak rumah takde masalah. Member aku yang tak tahu apa2 pasal construction ni pun terima je lah cakap orang Indon tu.

Tiba2 satu hari selepas 1 bulan renovation siap, tangki air rumah dia runtuh sebab kayu yang menampung tangki air tu patah. Habis banjir rumah dia, perabot banyak yang kembang kat bahagian bawah dan plaster ceiling rumah dia pun rosak habis. Bila dia telefon balik dan bagitau kontraktor Indon tu, orang Indon tu terus off handphone dan tak dapat dihubungi langsung selepas itu.



Walau lepas tu member aku tu buat report polis, tapi dia sendiri yang terpaksa keluarkan kos balik untuk baiki semula semua benda yang rosak. Sebenarnya benda ni boleh dielakkan dan tak perlu berlaku pun kalau kontraktor Indon tu mengambil kira aspek kejuruteraan dan keselamatan yang betul dari awal.

Sebenarnya kejadian2 seperti konkrit runtuh, jejambat runtuh, tangki runtuh dan segala kemalangan yang disebabkan infrastruktur pembinaan ini tidak perlu berlaku pun dan ia boleh dicegah dan dielakkan kalau dari awal lagi sudah mengambil kira pelbagai aspek dan faktor dalam kejuruteraan awam, penyeliaan projek, pengurusan sumber manusia, pemantauan, pemeriksaan berkala, prosedur keselamatan, penggunaan bahan binaan yang berkualiti tinggi dan sebagainya dengan baik dan betul.

Tak tahu di mana silapnya, sama ada kecuaian manusia, tidak patuh kepada prosedur, kesilapan teknikal dan sebagainya, tapi yang pasti disebabkan kemalangan macam ni, kos dah jadi double dan masa pun dah rugi untuk membaiki segala kerosakan.

Aku faham ini adalah takdir, tapi tragedi yang disebabkan manusia adalah suatu yang boleh dicegah dan dielakkan, melainkan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, ribut taufan, gunung berapi, banjir dan lain2 bencana alam yang merupakan takdir Tuhan yang manusia tidak mampu untuk cegah dan elakkan daripada berlaku.

Tiga Dipercayai Tertimbus Di Tapak Pembinaan MRT

Tiga Dipercayai Tertimbus Di Tapak Pembinaan MRT


Tiga Dipercayai Tertimbus Di Tapak Pembinaan MRT | Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.




Pasukan kecemasan, pihak polis serta anggota Bomba dan Penyelamat sudah digerakkan.

“MRT Corp mengesahkan kemalangan berlaku di tapak pembinaan, bertempat di bekas tapak RRI dekat Kota Damansara.

“Ketika pembinaan dijalankan, satu blok konkrit landasan terlepas daripada slot dan jatuh,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 10.40 malam tadi.

Sehingga kini, belum ada kematian atau kecederaan dilaporkan.
 
“Siasatan masih diteruskan. Pasukan kecemasan, polis serta bomba dan penyelamat telah digerakkan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga di lokasi kejadian.

Maklumat terbaru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya. - Daily Traffic Report - See more at: http://perihalnegara.blogspot.de/2014/08/tiga-dipercayai-tertimbus-di-tapak.html#sthash.ykxUvXaH.dpuf

Tuesday, 12 August 2014

Suami isteri harap bayi hidap penyakit kepala besar segera dibedah


Suami isteri harap bayi hidap penyakit kepala besar segera dibedah



AZMAN Muktar bersama isteri, Zuraini Mahmood mengusap kepala Siti Hajar yang menghidap penyakit hidrosefalus di rumah mereka di Permatang Tok Gelam, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

KEPALA BATAS 12 Ogos - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu yang dialami Azman Muktar, 41, dan isterinya, Zuraini Mahmood, 42, apabila anak perempuan mereka, Siti Hajar, 10 bulan, menghidap penyakit hidrosefalus yang menyebabkan pembesaran berlebihan pada bahagian kepala.

Zuraini berkata, ketika usia kandungannya lima bulan, doktor di Hospital Seberang Jaya telah memaklumkan perkara itu namun tidak pasti tahap jangkitan yang bakal dihadapi anaknya.

"Ketika dilahirkan, kepala Siti Hajar berukur lilit 40 sentimeter (sm) dan terus bertambah sehingga 60 sm sekarang. Kami dimaklumkan oleh doktor anak saya ini perlu menunggu sehingga satu tempoh yang sesuai supaya dapat dilakukan pembedahan kerana ketika ini umurnya sangat muda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Tok Gelam, Penaga, dekat sini hari ini.

Zuraini berkata, setiap tiga bulan anak bongsunya itu akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan susulan.

"Doktor akan memberikan beberapa jenis ubat. Pada masa tertentu, jika Siti Hajar berasa tidak selesa, dia akan menangis sepanjang masa dan memerlukan penjagaan rapi. Jika saya bekerja, suami akan jaga dan begitulah sebaliknya," katanya.

Zuraini yang bekerja kilang di Bayan Lepas berkata, walaupun keadaan anaknya tidak seperti bayi lain, namun mereka sekeluarga menerimanya sebagai ujian daripada Allah.

"Kasih sayang terhadap Siti Hajar tidak berubah, sama seperti dua abangnya iaitu Hairi Akmal, 10, dan Hazzree Husairi, 6.

"Apa yang kami lakukan sekarang ialah bersabar dan berdoa supaya pembedahan dapat dilakukan segera," katanya yang memberitahu mereka memerlukan kira-kira RM300 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu.

Sementara itu, Azman berkata, dia sangat berharap anaknya pulih dan membesar seperti kanak-kanak lain.

Azman yang melakukan kerja-kerja kampung berkata, dia berasa sedih setiap kali anaknya menangis dan berharap keadaan itu tidak berpanjangan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menghubungi talian 019-5618699 atau menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 157063814401.

SUMBER : UTUSAN MELAYU

Kumpulan Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan Bebaskan Konstabel.

Kumpulan Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan Bebaskan Konstabel.

Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai meminta wang tebusan RM5 juta untuk membebaskan polis marin Konstabel Zakiah Aleip, yang diculik dari Pulau Mabul, Sabah pada 12 Julai, lapor The Star hari ini.




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dlaporkan berkata polis akan mengambil masa untuk memenuhi tuntutan itu kerana jumlahnya sangat tinggi.

"Akan mengambil masa, jumlahnya terlalu tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diminta pengganas.

Katanya, sehingga kini, 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.

"Mereka juga membenarkan Zakiah bercakap dengan isterinya dan ahli keluarga lain, selalunya sebelah tengah hari atau petang," Jalaluddin dilaporkan berkata. – 12 Ogos, 2014.-

Thursday, 7 August 2014

BENARKAH ASTRO BERKERJASAMA DENGAN SYARIKAT ISRAEL?




 



ASTRO BERURUSAN DENGAN SYARIKAT ISRAEL | Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...


ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.


ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.


Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.


ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.


Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.


ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.


Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.


Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.


 


Wednesday, 6 August 2014

PEREKA FESYEN CALVIN THOO MEMELUK ISLAM!



 

PEREKA FESYEN TERKENAL CALVIN THOO MASUK ISLAM | Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.


Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.


Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.


 


Alhamdulillah... Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam...Turut dijemput bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..Subhan'Allah :)

Friday, 25 July 2014

Info Trafik Terkini Jalan Raya Seluruh Malaysia @Plustrafik

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti ramai yang mencari informasi trafik jalan raya dan highway seluruh Malaysia untuk pulang dari kampung ke destinasi seluruh Malaysia. Insyallah blog denaihati akan cuba memberi liputan trafik seluruh Malaysia dari informasi Rakan Twitter seluruh Malaysia.

Diharap semua Rakan Twitter 1Malaysia tweet update trafik jalan raya terkini walau dimana anda berada nak best sertakan sekali hashtag #trafikMalaysia dan waktu kejadian.



Berhati-hati ketika memandu dan jangan lupa membaca Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya. Untuk dapat update terkini trafik jalan raya seluruh Malaysia sila search keywords #trafik di Twitter.

Untuk mengetahui keadaan Terkini Trafik Jalan Raya Seluruh Malaysia melalui informasi @LLMinfoftrafik dan @Plustrafik.



Balik nanti jangan lupa semak saman @ Semak saman secara online dan SMS.

Kepada yang guna smartphone bolehlah install aplikasi atau plugin WAZE yang sangat membantu untuk monitor trafik disekeliling kita.

Thursday, 24 July 2014

Perdana Menteri Ukraine Umum Letak Jawatan Hari Ini

Perdana Menteri Ukraine Umum Letak Jawatan Hari Ini
KIEV(AP) - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah mengumumkan peletakan jawatannya berikutan kemelut yang melanda kerajaan yang berlaku baru-baru ini.


Yatsenyuk membuat pengumuman itu di parlimen selepas kedua-dua pihak (Parti Nasionalis dan Pergerakan UDAR) berkata, mereka akan menarik diri daripada parti pemerintah. "Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berikutan dengan pemecahan gabungan ini," kata Yatsenyuk.


Beliau berkata Parlimen tidak lagi boleh melakukan kerja dan meluluskan undang-undang.


Parti nasionalis Svoboda dan pergerakan UDAR yang diketuai oleh bekas peninju Vladimir Klitscho menarik diri daripada kumpulan penggubal undang-undang selepas mengambil alih jawatan bekas Presiden Viktor Yanukovich yang telah disingkirkan - AP


Persoalannya sekarang, adakah kes MH17 akan tergantung sementara menunggu pemilihan presiden baru? -

Lelaki cina ini diburu...


Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.

Lelaki cina ini diburu | Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.

Bas Ekspress 2 Tingkat Transnasional Hangus Terbakar

Sebuah bas ekspres dua tingkat milik Transnasional hangus terbakar dalam kejadian jam 1.45 petang, 23 Julai 2014 di Kilometer 32 Jalan Lipis-Merapoh, dekat FELDA Telang.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Puchong Prima ke Kota Bharu diberitakan sedang membawa 41 penumpang

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, semua penumpang termasuk dua pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Bagaimapun barang seperti beg pakaian dan keperluan harian kepunyaan tujuh penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kebakaran bas berpunca daripada enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas.


Wednesday, 23 July 2014

'Tumbukan & tembikai' Beterbangan di bazar Ramadan




Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menumbuk muka seorang peniaga di bazar Ramadan Arau.

MPK bagaimanapun menafikannya.

Menurut versi Syed Atif, tumbukan itu dilayangkan apabila peniaga yang kecewa barangnya diangkut bertempik menggelar penguatkuasa sebagai “kejam dan tidak bertimbang rasa”.

Penguatkuasa itu dikatakan datang ke bazar Ramadan pada Ahad untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak membayar sewa tapak. Selepas tumbukan itu, Syed Atif mendakwa, orang ramai yang marah kemudian melontar kenderaan MPK dengan tembikai.

Syed Atif berkata, beliau meminta pegawai MPK itu supaya menggunakan budi bicara kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual melawat bazar itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku.

“Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa.

"Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu.

Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK. Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.

Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu.

Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.

Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan. Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam.

Gadis Maut Kepala Tersepit Lif Pemunggah Barang


“Saya sempat membekalkan arwah dua bekas agar-agar kegemaran untuk juadah berbuka bersama-sama rakan sekerja.

“Namun, dia tidak sempat menjamah apabila lehernya tersepit di besi lif pemunggah barang di tempat kerjanya semalam (kelmarin),” kata Radziyah Khamis, 61.

Radziyah, ibu kepada Noor Shamila Abu, 19, dari Kampung Batu 6, Bandariang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tengkuknya tersepit di lif berkenaan ketika cuba mengambil barang di tingkat atas sebuah kedai menjual barang runcit dan ubat di pekan Gerik.



Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu kira-kira lebih empat meter tinggi dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit. Lebih memilukan kejadian berlaku lima minit sebelum waktu berbuka puasa.

Radziyah berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik-beradik yang lain ketika mahu menaiki motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.
Sharmila bekerja sementara sejak sebulan lalu sebelum dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
P/s : Sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah.

Tuesday, 22 July 2014

Nasihat MAS Mansuh Hidangan Arak dan Menilai Pakaian Pramugari





ALOR SETAR – Syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia (MAS) disaran memansuhkan hidangan arak dalam pesawat serta menilai semula pakaian pramugari yang dikatakan terkeluar dari landasan syarak.


Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, perkara itu wajar diberi perhatian oleh pengurusan tertingginya dengan melihat kepada aspek peringatan ALLAH SWT ekoran nahas membabitkan dua pesawat MH370 pada Mac lalu dan terkini MH17.


Beliau berkata, tragedi dan musibah yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT namun kerajaan atau MAS perlu menilai kepada aspek keagamaan, kemungkinan ada unsur peringatan-Nya berhubung apa yang berlaku dalam pesawat.


“Sebagai syarikat penerbangan sebuah negara Islam, saya kesal kerana hidangan arak tidak pernah cuba dimansuhkan termasuk aspek Islamik seperti aurat pekerja wanita serta pakaian yang disifatkan tidak mengikut landasan syarak.


“Apabila kita menaiki pesawat MAS, penumpang tidak merasai seperti pesawat itu dikendalikan sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam taranum.


Perkara ini amat mengecewakan kerana ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan ALLAH SWT,” katanya.


Ahmad Tarmizi turut memetik Firman ALLAH: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (QS Al-Baqarah 208)


“Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al- Quran. Firman ALLAH, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. ALLAH tidak lengah dari apa yang kamu lakukan (QS Al-Baqarah 85),” katanya.


Ia menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370 berhubung jualan arak dalam pesawat MAS.


“Teguran ini adalah daripada suara rakyat yang cintakan Islam. Mac lalu kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, kini pesawat MH17 pula dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ sama ada Rusia mahupun Ukraine,” katanya.


Beliau juga tidak berhasrat mempersenda insiden itu namun aspek keagamaan perlu diberi penelitian.


“Kami berasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa. Sudah tiba masanya kerajaan dan MAS melihat yang menimpa mutakhir ini dari sudut paling asas iaitu unsur ketuhanan dan kehambaan,” katanya. – Sinar Harian Online

Hospital Swasta yang Kejam & tiada hati perut




Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.

Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital.

Padan Muka : Suspek rogol DIBURU..!



Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.

ALLAHUAKBAR ! - PENUMPANG MH370 AKAN DIBEBASKAN SEBELUM RAMADHAN ?


Terkini, kesemua penumpang dan anak kapal MH370 akan di bebaskan sebelum RAMADHAN mengikut satu pendedahan yang pasti memeranjatkan orang ramai ini. Adakah benar? Ayuh kita baca keterangannya. .


Para ahli penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua anak kapal dan penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini sekiranya negara tidak berjaya memujuk negara China dalam beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat ini laporan ditulis terdapat media alternatif luar negara sudah mula menunjukkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah dikatakan terdapat satu laporan jelas di mana sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dengan wakil negara ????

Terdahulu, perjanjian ” sulit ” telah dipersetujui sebelum pengesahkan mereka masih hidup

Dikatakan negara China terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak Amerika kerana penumpang yang teramai adalah dari negara China, malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking nombor satu di dunia.

Banyak laporan yang telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua anak kapal dan para penumpang MH370 masih hidup di mana mereka mendesak agar kerajaan CHINA tunduk dan akur pada syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

Maklumat tambahan yang didapati tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dengan alat kawalan jauh ke Maldivies bagi mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika laknatullah !!!!

Sementara itu, maklumat terbaru yang diperolehi oleh para penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan menggunakan telefon peribadinya kepada seseorang yang dirahsiakan. Dalam perbualan tersebut,beliau mengatakan ada menerima maklumat yang pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh orang itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dalam kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi sayangnya apabila kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah memadamkan beberapa log di simulator tersebut bagi memadamkan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Terbaru, laporan lengkap bagi data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penumpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal untuk menipu kerana perancangan Allah sesungguhnya lagi tepat dan padat … Sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua anak kapal dan penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan,

Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dengan sendirinya susulan pendedahan daripada agen perisik yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t untuk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dengan wakil negara ???

Satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !

Habis terbakar apabila Plaza Tol USJ dirempuh Lori Tanah



Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas petang tadi.

Ketika kejadian dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan. Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, kebakaran berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok sebelum terbakar.

Kejadian menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan turut terbakar dan seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.

sumber : harian metro