Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Hari ini hari jadi Uncle...

Hari ini hari jadi Uncle...


Uncle (pak cik/Wan Amran Wan Hussin) ada maklum pada ibu saya supaya menjaga isteri dan anaknya dengan baik sekiranya dia sudah tiada nanti," kata Atikah Hasanah Abdul Rahman, 21.

Atikah adalah anak saudara juruterbang MH17 Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang jenazahnya dibawa pulang ke tanah air bersama lapan lagi jenazah mangsa nahas MH17, pagi ini.



Menurut Atikah, kali terakhir dia dan keluarga bertemu dengan Wan Amran ketika mengadakan majlis makan malam di kediaman Allayarham, kira-kira sebulan sebelum pemergiannya ke Amsterdam.

"Ketika ditemui, uncle tidak menunjukkan sebarang perubahan malah perlakuannya seperti biasa, peramah dan begitu mengambil berat ahli keluarga yang lain.
"Malam selepas selesai majlis makan malam itu juga ibu (Puteri Ummi Maharum) ada maklum pada kami tentang pesanan terakhir adiknya itu (Wan Amran) tapi kami tidak menyangka ia adalah petanda beliau akan pergi meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pagi ini.

Ika berkata, dia sedih dengan kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu apatah lagi jenazah beliau tiba hari ini iaitu hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-50.

"Pada tahun sebelum ini, kami sekeluarga tidak pernah lupa mengucapkan hari lahir kepada uncle, namun suasananya sangat berbeza tahun ini.

"Uncle seorang yang sangat baik, penyayang dan mengambil berat mengenai anak saudaranya terutama hal pelajaran. Kami sangat rapat dan pemergiannya satu kehilangan yang amat besar buat kami dan keluarga, " katanya.

Monday, 1 September 2014

MH17: Baca Kisah Serta Pengalaman Pegawai JAKIM Memandikan Jenazah MH17 di Belanda..

MH17: Baca Kisah Serta Pengalaman Pegawai JAKIM Memandikan Jenazah MH17 di Belanda..


Gambar Hiasan


“Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.


“Bantulah kami dalam menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.”


Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam.


Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses penting.


Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.


Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.


Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan JAKIM terdiri daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia di Belanda, Malaysian Airlines (MAS) atau agensi yang dilantik untuk menguruskan jenazah mengikut agama Islam.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Mohd Ajib Ismail berkata jenazah yang diletakkan di dalam bilik yang ditetapkan rumah mayat itu kemudian akan menjalani proses ‘embalming’ sebelum boleh dimandikan atau dikafankan.


“Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh pekerja lelaki Monuta Innemee.


“Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan (bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dengan kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yang dibawa dari Malaysia.


“Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk memandikan jenazah menggunakan air atau sebaliknya berdasarkan kepada keadaan mayat atau jenazah yang diterima pada masa itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Seorang pemandi jenazah yang enggan dikenali berkata dalam memudahkan tugas di fasa ini, beliau akan cuba ‘berbual’ ringkas dengan jasad dan ‘buat seperti biasa’ tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut.


Seterusnya, Mohd Ajib yang juga koordinator pasukan JAKIM sepanjang tugasan di Belanda itu berkata jika sesuai dimandikan atau boleh menggunakan air atau dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan.


Jelasnya, proses seterusnya dilakukan dengan kelengkapan set pemandian atau peralatan jenazah seperti kebiasaan yang dilakukan apabila memandikan jenazah Malaysia.


“Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dengan dibantu oleh semua anggota pasukan berdasarkan pada jantina jenazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah.


“Jika jenazah tidak boleh kena air atau dilalukan air dan boleh luput bila terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian yang juga dibawa khas dari Malaysia.


“Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ini makan masa sekurang-kurangnya 30 minit,” katanya.


Mohd Ajib menambah setelah proses mandi atau tayamum selesai, ketua pemandi jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dengan bantuan anggota pasukan.


Beliau berkata jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah pangkin mandi yang telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya dengan lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ini akan dibawa (pulang) jauh sebelum diikuti dengan lapisan kain putih yang lain.


Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dalam keranda jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum diletakkan ke dalam sebuah bilik khas.


Difahamkan antara proses itu ialah ‘menghias dan mencantikkan keranda’ selain meletakkan bendera Jalur Gemilang.


Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abd Manaf Mat yang turut menganggotai pasukan itu sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang.


Sementara itu, Mohd Ajib berkata pasukannya seringkali ditanya sesetengah pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yang telah lama meninggal itu.


Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tidak akan sekali-kali membuka aib atau rahsia jenazah.


“Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tidak penting, yang pentingya jenazah selamat disempurnakan.


“Apa yang patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana jenazah agar tenang di alam seterusnya,” katanya.


Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis lepas berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) esok (2 Sept) dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.


Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas Malaysia Airlines.


Satu lagi jenazah dihantar pulang pada Sabtu lepas manakala tiga jenazah dihantar pulang pada Ahad.


Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.


Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

Thursday, 21 August 2014

Maklumat pergerakan Jenazah


Sedihnya hati seorang BAPA menunggu ketibaan Jenazah Seorang Anak


MH17: Bapa Tidak Sabar Tatap Jenazah Mohd Ali

MUAR – Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 berkata, beliau dan keluarga tidak sabar untuk menatap wajah, memeluk dan mencium jenazah anak lelakinya itu yang dijadualkan tiba dengan helikopter di Stadium Mini Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini tengah hari esok.

Ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Jayor, Pagoh di sini hari ini, beliau menerima dengan penuh syukur dan gembira mengenai berita keadaan jasad anaknya itu yang dikatakan hampir sempurna sifatnya ketika dimandi dan disembahyangkan di Amsterdam, Belanda.

“Kami sekeluarga reda dan tidak kisah dengan keadaan jasad Mohd Ali tetapi saya dimaklumkan melalui telefon oleh kawan-kawan anak saya dari Belanda yang membantu memandikan dan menyembahyangkan jenazah, mayatnya adalah yang paling sempurna.

“Mereka kata cukup sifat dan tangan juga lembut semasa jenazah dimandikan. Kami cukup lega, berpuas hati dan berterima kasih kerana diberi kebenaran untuk melihat wajah Mohd Ali buat kali terakhir esok,” katanya.

Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.

Md Salim berkata mereka sekeluarga hanya dibenarkan melihat wajah Mohd Ali tetapi dilarang mengambil gambar bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan potretnya untuk tujuan tidak baik.

Dia berkata persiapan menyambut jenazah dilakukan sejak tiga hari lalu antaranya di IKBN Pagoh, proses menurap jalan ke rumahnya dan kerja-kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, yang membabitkan petugas Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Parlimen Pagoh, UMNO Bahagian Pagoh, polis dan bomba.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah antara yang menyambut jenazah Mohd Ali di IKBN.

Beliau sekeluarga berlepas ke Kuala Lumpur pukul 4 petang tadi untuk menyambut ketibaan jenazah esok.

Selepas itu, mereka akan mengiringi jenazah yang akan diterbangkan menggunakan helikopter ke IKBN Pagoh.

Jenazah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara datuk saudaranya, Jawat Suradi, yang meninggal dunia September tahun lalu pada usia 93 tahun, kerana hubungan mereka amat rapat.

“Setiap kali pulang ke tanah air, Mohd Ali pasti melawat datuk saudaranya itu dan kebetulan semasa hari raya puasa tahun lalu, mereka berdua ada mengambil gambar bersama. Tidak sangka pula, mereka akan disemadikan bersebelahan,” katanya.

Md. Salim, bapa kepada lapan anak itu, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membawa jenazah anaknya pulang terutama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Muhyiddin, Kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan kedutaan Malaysia di Belanda.

Senarai Jenazah MH17...

Senarai Jenazah MH17 & Jenazah Hasni Hardi kelihatan masuih sempurna
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali membaca berita sedih keluarga arwah Hasni Hardi pasti terasa sangat sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Alhamdulillah dari berita yang sahih jenazah jurutera muda antara 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang sudah dikenal pasti dan antara yang paling lengkap anggota badan. Ibu bapa arwah, Kak Siah dan Abang Parlan sudah berada di Amsterdam untuk mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dikebumikan di Tanah Wakaf, Batu 8, Kampung Paya Luas, Segamat.



Raya baru ini sempatlah aku bercerita panjang dengan Mak Cik Som, atok kepada arwah Hasni dan Kak Milah, Mak Long kepada arwah. Aku tak dapat bersua muka dengan Kak Siah dan Abang Parlan yang setiasa sahaja dikunjungi tetamu dan wartawan. Dapat juga maklumat kisah sebenar bekas isteri arwah yang banyak mendapat liputan media. Tabik kepada Kak Siah dan Abang Parlan yang tak terkejar-kejar nak dapatkan wang pampasan walaupun sudah diumumkan oleh MAS. Kak Siah kata dia tidak akan ambil duit pampasan selagi semuanya belum selesai.


Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine – Harian Metro.

Pada 22/8/2014 Malaysia akan menerima 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan disambut di KLIA pada jam 10 am dengan upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta ahli keluarga mangsa. Malaysia akan berkabung dengan mengibarkan jalur gemilang separuh tiang. Jenazah Hasni Hardi diiringi oleh ke dua ibu bapanya akan dibawa terbang dari KLIA dengan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Muar sebelum dibawa ke rumahnya di Batu Anam untuk majlis pengkebumian.


Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan, garis panduan untuk dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara, Jumaat ini, sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda hanya melibatkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang. Sehubungan itu, peraturan lain dalam kenyataan jabatan itu semalam, adalah terbatal. Arahan garis panduan yang dibatalkan termasuk supaya semua radio dan televisyen menangguhkan rancangan hiburan, penangguhan semua acara hiburan dan tata cara berpakaian sepanjang tempoh berkabung itu – Utusan Online

Semuga Kak Siah dan Abang Parlan dapat menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir sebelum di bawa terbang dari Amsterdam ke KLIA dengan pesawat khas pada Khamis jam 6 pm waktu Malaysia.

Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba 22/8/2014

Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:

1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Di sinilah pada 18/7/2014 segalanya bermula …



Dan pada 22/8/2014 di sinilah pengakhiran arwah Hasni Hardi Parlan … kita belum tentu di mana …



Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah untuk arwah Hasni Hardi Parlan seorang anak yang sangat baik kepada keluarga dan saudara mara. Semuga tempat mu di Syurga anak ku. Al Fatihah juga untuk semua mangsa muslim yang lain. Kepada semua keluarga mangsa bersabarlah pasti ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya.

Wednesday, 6 August 2014

'The Dozen' Operasi Rahsia Pasukan Khas 12 Rakyat Malaysia Membawa Keluar Blackbox MH17


'The Dozen' Operasi Rahsia Pasukan Khas 12 Rakyat Malaysia Membawa Keluar Blackbox MH17




Selepas menjalankan rundingan 'pintu belakang' dengan pemimpin pemberontak Pro-Rusia Alexander Borodai, Perdana Menteri telah berjaya mendapatkan pembebasan 226 mayat mangsa kemalangan yang telah dikumpulkan oleh pasukan penyelamat kecemasan dan disimpan di dalam gerabak kereta api, penyerahan dua kotak hitam diambil oleh pemberontak serta akses untuk penyiasat di lokasi kemalangan untuk mencari petunjuk dan keterangan yang boleh menjelaskan kejadian tragis ini.


Sekumpulan 12 rakyat Malaysia daripada pelbagai agensi, dengan pelbagai kepakaran telah berkumpul dengan cepat untuk dikerahkan ke Donetsk dan bertemu dengan pemberontak untuk penyerahan kotak hitam dan juga penghantaran balik mayat .


Kumpulan itu, yang dikenali sebagai "The DOzen" terdiri daripada:-


- Ketua Pasukan dan Ketua Majlis Keselamatan Negara (Majlis Keselamatan Negara - MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussin,


- Pakar Pergigian Tentera, Brig Jen Datuk Dr Harun Ilham,


- Pakar Patologi , Dr Mohd Shah Mahmod,


- Pakar Trauma Kecemasan Hospital Tentera Lumut, Mej Dr Hafizi Abdullah,


- Pegawai Perubatan Tentera merangkap Penterjemah, Kapt Dr Mohd Zainizam Zainal,


- Pasukan SMART


- (PDRM) Insp Abd Rahim Abd Aziz


-Komando Mej Muhammad Mustaffa Omar TUDM (PASKAU)


- SJN (U) Shahrizal Abu Bakar, (PASKAU)


- Kpl (U) Rosli Mustaffa, (PASKAU)


-LUK Mohd Afendy Ahmad Zaini (PASKAU)


-(Kor Agama Angkatan Tentera - KAGAT), Mej Nadzri Musman.


- Pakar cKomunikasi dari Sapura Technologies, En Rosli Shaari


Kesemua mereka hanyalah 12 orang dan tugas mereka kedengaran mudah. Mereka hanya perlu bawa keluar BLACKBOX MH17 keluar dari Ukraine.


Seorang koresponden Panggilan Pertiwi yang bertugas di ‘Bilik Operasi’ mereka memberi tahu aku. PP terserempak 12 anggota pasukan ini yang lengkap bersenjata memasuki KLIA melalui pintu berbeza dari tim penyelamat. Operasi apakah yang akan di laksanakan?


Pasukan Khas Malaysia sangat berpengalaman dalam situasi perang sebenar dan walaupun operasi mereka diselubungi kerahsiaan.. kita semua pernah mendengar desas desus exploit mereka di OP Daulat, dan banyak lokasi panas di seluruh dunia.


Kini pasca OP Daulat, one of the most secretive black-ops in Malaysia suddenly found its mission in the public spotlight. Operasi menyelamatkan Blackbox MH17.


Operasi ni bukan bermula out of the blue.. ia melibatkan pelbagai risikan dan contact dengan sumber2 di dalam wilayah pemisah.. tapi aku tak perlulah tulis tu di sini.


Pihak Pemisah rusia serta merta menyembunyikan Blackbox sebaik sahaja ditemui dan hanya mahu serahkan kepada wakil Malaysia. The Dozen memulakan perjalanan bahaya di Ukraine untuk menemui Borodei.


Pasukan ini terdiri dari 11 anggota pasukan khas dan seorang pakar komunikasi GIRN. Mereka travel selama 9 jam dari sempadan Donetsk ke Karkiv dalam malam yang pekat di dalam hutan dan memanjat gunung merentasi medan pertempuran Antara tentera Ukraine dan Puak Pemisah Pro Russia.


Sebaik sahaja Blackbox di serahkan .. pasukan ini mula merangka langkah bagi mengelirukan pihak2 yang ingin merampas blackbox tersebut. Mereka menyimpan blackbox didalam beg galas dan tiada siapa tahu di beg yang mana satu black box tersebut tersimpan.





Mej Mus yang boleh berbahasa Rusia. Salah seorang anggota pasukan khas tersebut turut boleh berbahasa Ukraine.

.. dan kebetulan sebaik sahaja penyerahan di buat Donetsk di serang oleh tentera ukraine. Pertempuran yang sangat sengit berlaku dengan tembakkan roket berganda dan menuver kereta kebal t-72 dan BMP bertali arus.

Bermula mimpi ngeri pasukan ini.

Dipendekkan cerita (haha tak boleh cerita oi) Blackbox Berjaya dibawa keluar dan tiada sebarang bayaran dan pampasan di beri kepada pemisah pro Russia.. dan mereka tak minta pun.

Pasukan ini bertolak lebih awal dari yang lain, tiba di RV yang dijanjikan oleh puak pemisah pro rusia.. namun mereka (pemisah) takde di RV tersebut. The dozen menunggu sehingga tengah malam barulah pemisah menghubungi mereka dan meminta hanya dua sahaja wakil mengikuti mereka ke penyerahan blackbox tersebut.

Terkini lokasi nahas dah jadi medan pertempuran di mana kedua2 pihak berbalas2 tembakan artileri. Pasukan penyiasat Malaysia gagal memasuki tapak nahas.

Wednesday, 30 July 2014

Mesti Baca!! Mengejutkan!! Punca Wanita Ini Tidak Menaiki Pesawat MH17



Frieda Souhuwat-Tomasoa memberitahu mengapa dia Tidak Menaiki Pesawat MH17 Yang Ditembak Jatuh Di Ukraine.

Seorang wanita Belanda yang hampir menaiki pesawat Malaysia MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine, katanya dia mengubah tiket pada saat-saat akhir kerana dia tidak mahu melakukan perjalanan pada hari Sabat(Sabtu).

Frieda Souhuwat-Tomasoa, 67, telah menempah tiket penerbangan pada 17 Julai untuk membuat lawatan kecemasan ke Ambon, Indonesia, di mana sidang utama yang dia telah anjurkan hampir gagal.

Tetapi tiga hari sebelum penerbangan, Souhuwat-Tomasoa semasa dia menjalankan ibadat pagi bersama suaminya, Max, bahawa dia akan membuat perjalanan pada hari sabtu (Sabat), 19 Julai, untuk sampai ke destinasi beliau.

Pesawat Malaysia MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu Khamis lepas kerana ia terbang di atas kawasan pemberontak timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Semua 298 orang di atas kapal terbang meninggal dunia.


Ketika berusia 20 tahun dan mula menaiki kapal terbang, dia berkata dia tidak pernah menaiki pesawat pada hari Sabtu (sabat) dalam banyak perjalanan beliau untuk UNPO. UNPO sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Hague yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik orang-orang asli, minoriti, dan wilayah yang tidak diiktiraf atau diduduki.



"Dalam semua misi UNPO saya, tidak kira di mana saya pergi, saya telah memelihara hari Sabat (sabtu) dan tidak pernah menjejakkan kaki dalam kapal terbang pada hari sabtu," katanya dalam satu temu bual e-mel di Belanda.


Souhuwat-Tomasoa, ahli Jawatankuasa Eksekutif Belanda Kesatuan Persidangan dan bersara daripada kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan Belanda tetapi masih aktif dengan UNPO, yang beliau sertai pada tahun 1991.

Beliau juga berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kepulauan Maluku, di mana konflik tercetus antara Kristian dan Muslim di ibu negara serantau, Ambon, pada tahun 1999. keganasan mazhab, yang menyaksikan keseluruhan kampung-kampung dibakar, menular sehingga tahun 2003 dan dibunuh dianggarkan 10,000 orang.

Souhuwat-Tomasoa hadir di Ambon dalam keganasan dan menggunakan kedudukan dengan UNPO untuk mengemudi berkapal-kapal makanan dan pakaian dari ADRA, agensi bantuan Adventist, kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Beliau juga membantu memudahkan perjanjian damai dan telah terlibat dalam usaha untuk membina semula rantau yang telah musnah,beliau bekerja dengan cawangan Belanda di ADRA. Beliau berkata empat tahun berjuang meninggalkan banyak anak-anak yatim dan orang-orang dengan gangguan tekanan selepas trauma.


Apabila kajian multiyear mendapati Kepulauan Maluku adalah kedua paling miskin di 33 wilayah Indonesia dan penduduknya adalah antara yang paling kurang berpendidikan di negara ini, UNPO memutuskan untuk menganjurkan satu persidangan utama untuk mewujudkan pemahaman dan wawasan terhadap masalah-masalah tempatan dan untuk membantu membentuk dasar wilayah itu. Souhuwat-Tomasoa ditugaskan untuk menganjurkan persidangan itu dengan universiti ketiga terbesar di Ambon.

Bulan lepas,semua program telah dirancang dengan teratur. Program persidangan telah selesai. Jadual masa dan penceramah telah diatur, dan acara itu dijadualkan berlangsung 01-05 Ogos.


Tetapi pada 8 Julai, Souhuwat-Tomasoa menerima mesej teks telefon dari Ambon: Persidangan itu perlu dibatalkan.

UNPO mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 13 Julai, dan memutuskan bahawa Souhuwat-Tomasoa harus kembali ke Ambon untuk mencari jalan untuk menyelamatkan persidangan itu. Pada mesyuarat itu, Souhuwat-Tomasoa bersetuju untuk mengambil 17 Julai penerbangan di Malaysia Airlines.

"Apabila saya pulang ke rumah, saya memberitahu suami saya, Max. Beliau menjawab, 'Ia adalah tugas kamu, dan kamu harus pergi, ".


Tetapi selepas mereka kebaktian pagi keesokan harinya, dia memberitahu suaminya bahawa dia lebih suka meninggalkan sehari lebih awal, pada Rabu, 16 Julai.

"Jika saya bertolak pada hari Khamis, saya akan menghabiskan hari Sabtu (Sabat) dalam perjalanan ke Ambon, dan saya tidak pernah melakukan perjalanan pada hari Sabat dalam hidup saya," katanya.

Dia dan suaminya tidak mempunyai anak.


Dengan sokongan suaminya, Souhuwat-Tomasoa segera menghubungi agensi pelancongan dan menempah penerbangan baru pada syarikat penerbangan Emirates.

"Saya biasanya menggunakan pesawat Malaysia Airlines atau KLM," katanya. "Saya juga menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada bulan Jun."

Beliau dimaklumkan UNPO perubahan pada Selasa, mengesahkan penerbangan baru hari yang sama, dan meninggalkan Amsterdam pada Rabu.


Saya sangat terkejut dan sedih tentang apa yang berlaku terhadap penerbangan Malaysia Airlines.

"Saya di sini untuk memberi kesaksian bahawa Allah telah selamatkan saya kerana saya perlu meneruskan misi saya di sini di Ambon dan bersedia untuk membantu orang-orang di dunia yang memerlukan bantuan," katanya.

"Pada masa ini, saya masih bekerja untuk menyelesaikan masalah mengenai persidangan itu dan akan terus mendengar suara Tuhan, tidak kira apa hasilnya. Dia akan lakukan, bukan saya.

Saturday, 26 July 2014

MH17: Puak pemisah beri layanan baik - Mejar Muhamad Mustafa

MH17: Puak pemisah beri layanan baik - Mejar Muhamad Mustafa



Penerima kotak hitam MH17, Mejar Muhamad Mustafa Omar SEPANG: Penerima kotak hitam MH17, Mejar Muhamad Mustafa Omar tidak menyangka kedatangan pasukan penyiasat khas Malaysia ke timur Ukraine diterima baik oleh anggota puak pemisah.

"Kami pun terkejut dengan kerjasama yang diberikan pihak pemisah, mereka menanti kedatangan kami untuk meneruskan proses rundingan," katanya yang ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.



Mejar Muhamad Mustafa adalah antara 65 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang pulang ke tanah air pada 10.52 pagi ini setelah berada di Ukraine selama lapan hari untuk mengumpul bahan bukti, mencari kotak hitam dan membawa pulang mayat mangsa.

Gambar Mejar Muhamad Mustapa menerima kotak hitam itu daripada puak pemisah dirakamkan oleh media seluruh dunia.

Beliau berkata, perjumpaan dengan ketua pihak pemisah Alexander Borodai juga berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

"Walaupun Borodai adalah ketua kumpulan pemisah, tapi beliau layan kami dengan baik," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang butiran rundingan dengan Borodai.

Mejar Muhamad Mustafa berkata, sepanjang melakukan proses penyiasatan, satu daripada cabaran yang dilalui beliau dan pasukannya adalah sekatan jalan yang banyak sama ada yang diadakan oleh pihak tentera Ukraine ataupun puak pemisah.
"Sebenarnya tugas saya adalah untuk mengiringi pasukan ini, kebetulan saya juga mempunyai latar belakang teknikal untuk pastikan kotak hitam yang kami terima adalah kotak hitam yang betul dan mempunyai nombor siri yang berpadanan dengan pesawat itu, dan tugas saya diberikan secara spontan di situ.

"Saya berbangga sebab dapat pikul tanggungjawab saya dan ia juga tugas saya dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar," katanya semasa menceritakan semula pengalamannya ketika kotak hitam diserahkan buat pertama kalinya kepadanya.

Sementara itu, bagi seorang daripada anggota Pasukan Penyelamat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Koperal Constatine Anji, 29, tugas memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 daripada kereta api ke dalam pesawat di Karkhiv adalah pengalaman yang tidak akan dilupakannya seumur hidup.

"Tiada satu mayat pun yang saya lihat sempurna, kebanyakannya terpisah, dan hancur dengan bau kurang menyenangkan, dalam hati sebak, tetapi demi tugas untuk negara saya cekalkan hati memindahkan mayat berkenaan bersama anggota pasukan lain," katanya.

Beliau yang telah dua tahun menyertai SMART berkata ini adalah pengalaman pertama beliau mengendalikan bencana di luar negara dan melibatkan nahas kapal terbang.

Bagaimanapun, katanya, kawasan tempat memindahkan mayat itu adalah kawasan selamat dan proses pemindahan yang mengambil masa tiga jam berlaku dalam keadaan lancar dengan kerjasama baik puak pemisah.

Bagi seorang daripada doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut terlibat dengan pasukan itu Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal, 31, beliau tidak akan lupa pengalaman mengiringi mayat-mayat mangsa dalam gerabak kereta api sambil dikawal ketat anggota puak pemisah.

"Kelibat anggota puak pemisah itu boleh dilihat di mana-mana sahaja tetapi mereka tidak mengapa-apakan kami. Mereka berjaga untuk keselamatan...maklumlah itu memang zon peperangan," katanya.

Zainizam, bapa kepada seorang anak, berlepas ke Kiev, Ukraine pada 18 Julai dan sepanjang tempoh itu keluarganya termasuk isteri banyak berdoa bagi keselamatannya dan selamat pulang ke tanah air.

"Memang terdetik rasa takut tetapi diketepikan. Mujur juga isteri memahami dan sentiasa menasihati saya agar tabah menjalankan tugas dan kami sebenarnya baru menimang cahaya mata pada Jun," katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan ATM.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk, Timur Ukraine pada Khamis lepas.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh tetapi setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi

Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa makna aidilfitri apabila insan tersayang pergi tidak terduga. Begitulah nasib keluarga mangsa MH17 yang lansung tidak memikirkan aidilfitri termasuklah keluarga arwah Hasni Hardi anak saudara ku. Acara pertama aku Aidilfitri tahun ini adalah menziarahi Abang Parlan dan Kak Asiah, semuga ianya dapat berkongsi kesedihan. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.

Asiah Rajikun ibu mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan, berharap jasad atau apa sahaja anggota badan mangsa dapat dibawa pulang segera sebelum Hari Raya Aidilfitri ini dari kawasan nahas supaya boleh disemadikan di pusara sendiri.

“Kami sekeluarga sangat berharap jasad Hasni dibawa pulang secepat mungkin. Selagi kami tidak melihat jasad atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan selagi belum mendapat bukti depan mata, hati tidak tenang.


Abang Parlan dan Kak Siah

“Bukan kami tidak reda ketentuan Allah, tetapi seboleh-bolehnya mahu jasadnya dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan walau dalam bentuk apa juga,” Asiah berkata, mereka sekeluarga akan berpuas hati apabila anaknya itu mempunyai kubur sendiri yang kelak boleh dilawatinya bersama suami dan empat anaknya yang lain. – Utusan Online

Setiap kali aku membaca berita berkenaan Hasni Hardi pasti rasa sayu menerpa diri apatah lagi Abang Parlan dan Kak Asiah. Bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya tragedi MH17 yang mula kelihatan sangat sukar tetapi diberi jalan sehingga PM Najib Razak dapat membawa pulang jenazah mangsa walaupun terlewat dari janji sebelum aidilfitri. Diplomasi DS Najib Razak yang berjaya memujuk Alexander Borodai ketua perjuang pemisah sehingga dapat menyerahkan dua kotak hitam memang memeranjatkan dunia. Apa pun semuanya dengan izin ALLAH kerana DS Najib Razak khabarnya sentiasa meminta nasihat daripada beberapa maulana.



Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17

Kejayaan DS Najib Razak tidak disenangi segelintir rakyat Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan warna kota hitam MH17 yang diterima oleh Wakil Malaysia, Mejar Muhamad Mustafa Omar yang berwarna oren bukan warna hitam. Mungkin mereka ini kurang ilmu pesawat walaupun sudah banyak didedahkan ketika tragedi MH370. Tak kisah lah apa mereka cakap yang penting syukur kotak hitam masih dalam keadaan baik dan tiada bukti yang kotak hitam MH17 telah di manipulasi oleh pihak pemberotak pro Russia. Semuga dengan penemuan kotak hitam akan menjawab misteri sebenar penembak pesawat MH17.



Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17

Kepada semua keluarga mangsa MH17 termasuk Abang Parlan dan Kak Asiah kami semua bersama anda. Mereka yang pergi dahulu pasti lebih disayangi oleh ALLAH dan sama-sama kita berdoa untuk yang muslim semuga Syurga milik mereka. Semuga jenazah mangsa tragedi MH17 boleh dibawa balik segera dan disemadikan di kampung halaman. Ketika melalui kesusahan begini teringat aku kepada doa tawaf pusingan ke empat yang boleh jadikan semangat kepada kita semua.

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu – Doa Tawaf Pusingan ke empat

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga diberi ketabahan untuk keluarga korban.

Friday, 25 July 2014

KANTOI!! GADIS UKRAINE CURI MASKARA MILIK MANGSA NAHAS MH17





Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.


Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.


Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.


Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.





Apa yang membuatkan dia kantoi maskara itu milik mangsa nahas MH17 adalah dalam komen lain dia menyebut bahawa ‘ada banyak lagi barangan telah diagihkan termasuk pakaian’ dan ‘maskara ini datang dari Amsterdam, atau, padang… faham kan’.


Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.


Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa.


Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.

Wednesday, 23 July 2014

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17




Mayat-mayat mangsa MH17 tiba di Belanda untuk proses pengecaman pada Rabu. -AFP PHOTO / JOHN THYS

KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.

Sumber | Awani

Mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules - Najib




Puak pemisah pro-Rusia setuju tiga permintaan kerajaan, kata Perdna Menteri.
PUTRAJAYA: Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.

"Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.

"Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.

"Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.

"Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya," ujarnya.

Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.

Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.

"Saya perlu menegaskan bahawa walaupun perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang diperlukan sebelum ia selesai.

"Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya," jelasnya.

Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan.

Amerika Syarikat Gagal Mempengaruhi Dunia Untuk Melabel Kumpulan Pro Pemisah Ukraine Sebagai Pengganas




Sebelum ini amerika syarikat melalui media pro mereka CNN/BBC menuduh kumpulan pemisah pro russia yang menembak jatuh psawat Malaysian airline di sempadan Ukraine-russia.


Walau bagaimanapun tiada bukti kukuh pesawat MH17 dari Amsterdam ke kuala lumpur itu ditembak jatuh oleh pemisah pro russia. Amerika dengan sikap tergesa gesa membawa perkara ini ke menyuarat PBB untuk mengutuk tindakan pro pemisah russia.

Amerika juga mahu dunia isytihar puak pemisah Di Ukraine sebagai kumpulan pengganas. Amerika mahu menjaga kepentingan mereka di Ukraine. Konflik Ukraine membimbangkan amerika kerana puak pemisah didokongi oleh russia yang juga kuasa besar dunia.

Kumpulan pemisah Ukraine segera mencari kotak hitam untuk disimpan sebelum ianya dijumpa oleh kumpulan pro amerika. Sebelum ini Amerika mendesak kumpulan pemisah pro russia memberi kerjasama dalam siasatan untuk mencari kotak hitam.


Tetapi kumpulan pro russia melihat ini amat bahaya jika amerika masuk campur. Sudah pasti konspirasi akan diatur oleh CIA/MOSSAD & PBB untuk mengenakan sekatan keras terhadap russia.

Presiden russia berjanji akan menyelesaikan perkara ini. Ternyata ianya satu janji ditepati. Kumpulan pemisah pro russia sudah menyerahkan kotak hitam kepada wakil malaysia.

Kasimpulannya :
1- Konspirasi ini didalangi amerika untuk mengalihkan isu palestin-israel yang sedang berperang. Israel terus membantai rakyat palestin.
2- Amerika juga mahu dunia melabel kumpulan pemisah russia sebagai kumpulan pengganas. Kerana kerajaan Ukraine sekarang ini adalah pro amerika. Puak pemisah pula pro russia.
3- amerika mahu mencari pengaruh terlebih dahulu sebelum iystiharkan perang terhadap puak pemisah Ukraine. Jika ini berlaku, maka perang dunia ke-3 bakal meletus. Russia akan masuk campur pertahankan puak pemisah Ukraine.
4- amerika sedar mereka sudah banyak kehilangan pengaruh dunia disebabkan Konflik israel-palestin yang dilihat amerika terus membisu diatas pencabulan dilakukan oleh israel.
BERHATI HATI DENGAN FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN !!!

Tuesday, 22 July 2014

Pemisah Umum Genjatan Senjata Radius 10KM



GAMBAR: PAKAR Malaysia (tengah) dan Pendakwaraya Republik Donetsk menandatanganimemorandum pemindahan hak kotak hitam.

Puak pemisah wilayh Donetsk hari ini bersetuju agar satu genjatan senjata dikuatkuasakan dengan kerajaan Ukraine bagi membolehkan siasatan berhubung kemalangan melibatkan pesawat MAS MH17 dilakukan tanpa gangguan.

Puak pemisah menetapkan radius 10 kilometer persegi sebagai zon tiada perang.

Genjatan itu sejajar dengan pengumuman yang sama dibuat kerajaan Ukraine beberapa jam lebih awal.

Cuma Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mencadangkan radius 40 kilometer persegi bagi tujuan berkenaan.

Perkembangan itu adalah sejajar dengan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghubungi Ketua Pemisah, Alexander Borodai bagi membantu menyelesaikan kebuntuan berhubung penyiasatan ke atas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh beberapa hari lalu.

Dengan perkembangan terkini ini, bermakna satu lagi permintaan Najib yakni akses bebas kepada penyiasat melakukan siasatan di kawasan kejadian mungkin akan dicapai.

Terdahulu, pasukan pemisah telah menyerahkan kotak hitam kapal terbang kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Nyawa manusia pon boleh dikatakan suatu kesilapan oleh risikan US





Gerabak yang membawa mayat-mayat nahas MH17 di Kharkiv. -AP Photo/Evgeniy Maloletka
WASHINGTON: Tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 mungkin hanyalah suatu kesilapan oleh puak pemisah pro-Rusia yang kurang terlatih.

Demikian menurut pegawai risikan Amerika Syarikat (AS) yang turut menyatakan bahawa penglibatan Rusia dalam nahas terbabit hanyalah sebuah propaganda.

Seorang perisik senior berkata, bukti- bukti yang dikumpul jelas menunjukkan MH17 telah ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu dari permukaan bumi ke udara jenis SA-11, namun tidak pasti siapa yang menembaknya dan kenapa.

“Penjelasan yang paling munasabah... bahawa ia adalah satu kesilapan," katanya kepada AFP yang turut berkata bahawa ia dilancarkan oleh seseorang yang kurang terlatih untuk mengendalikan sejenis sistem yang memerlukan skil serta latihan.

Beliau turut mengambil contoh beberapa insiden pesawat yang telah ditembak jatuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Rusia dan Amerika Syarikat.

Satelit AS dan beberapa perisik ‘teknikal’ mengesahkan pesawat yang membawa 298 orang itu telah ditembak oleh peluru berpandu SA-11 dari permukaan bumi ke udara dari satu kawasan yang dikawan oleh pemberontak pro-Rusia.

“Ia adalah jelas bahawa peluru itu ditembak dari timur Ukraine di bawah bantuan Rusia,” tambah pegawai terbabit lagi.

“Dua perkara yang kita tidak tahu ialah siapa yang menembaknya. Kita tiada nama, pangkat mahupun kerakyatan serta kenapa dia menembak pesawa itu.” ujarnya.

Sesiapa yang memembak peluru itu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru terbabit dan bukan dari sebuah rangkaian yang lebih besar yang mampu memberikan gambaran lebih jelas mengenai lalu lintas di udara, katanya.

SUMBER- Astro Awani

MH17: Tahniah PM…Puak Pemisah AKUR Permintaan Malaysia!



Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.

“Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.

“Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.

“Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.

“Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.

Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.

“Saya perlu menegaskan bahawa walaupun perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang diperlukan sebelum ia selesai.

“Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya,” jelasnya.

Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan. (sumber Astroawani.com)

MH17: Ukraine dan Obama Pro Israel Bakal Checkmate Dengan Russia?

Menerusi artikelyang dikongsikan daripada www.penaminang.com Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video tersebut dibawah:

http://www.youtube.com/feature=player_embedded

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4bNPInuSqfs

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=12UaRF5fE_c


Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tengok ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa memang terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Baca


Maruah Malaysia sekarang dah jadi kambing, kita semua kambing, sebab negara telah dikambinghitam untuk kepentingan kuasa-kuasa besar.


Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar-gambar ni adalah milik Ukraine.


Klik untuk Besarkan



Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.


Klik untuk Besarkan









Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.


Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).


Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.


Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.


Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.


Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.



Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Monday, 21 July 2014

MH17 : Puak Pemisah Serah Dua Kotak Hitam Kepada Malaysia




Donetsk - Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

Curi kad kredit mangsa MH17

Keiv (Russia): Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri.

Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama.

Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.


BARANGAN mangsa MH17 dipercayai dikeluarkan dari beg mangsa. FOTO EPA


“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.
“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Sumber: MyMetro

Go Go MAS...