Friday 25 July 2014
Seram! Misteri Kereta Volkswagen Kuning Di Lebuhraya
Seram! Misteri Kereta Volkswagen Kuning Di Lebuhraya | Kami percaya bahawa anda sedia maklum tentang misteri kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.
Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .
Cerita Kedua: Oleh Bahtiar
Salam. Saja nak mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning ni pada tahun 2000 dulu. Waktu tu aku rasa dalam pukul 12.00 malam. Aku nak ke Penang waktu tu nak tenguk isteri yg tgh berpantang dekat sana.
Seingat aku waktu nak turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu. Aku ambil lorong sebelah kiri saja, sebab bawak pun perlahan saja.
Tiba-tiba dekat belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tak perasan pun entah bila kereta tu ada dekat belakang keretaku. Jadi aku buat tak reti sajalah. Tiba-tiba dia bagi lampu dongak…klip klip saja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun tak cerah. Lalu aku ingat kereta tu lampu dia ada masalahkah apa.
Aku buat tak tau sajalah. Aku rasa adalah dia main lampu dongak tu dalam 10 minit. Aku dah cuak juga masa tu, aku ingat orang jahat saja nak pekenakan aku.
(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)
Jadi tak adalah timbul rasa takut. Lepas itu aku nampak dekat cermin belakang kereta tu nak potong aku. Lantas aku biar sajalah dia potong sebab nak tenguk juga muka orang dekat dalam kereta tu.
Bila dia potong saja.Memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tapi pemandunya memang tak nampak pun. Mungkin sebab malam. Itu sebab tak nampak kut. Memang laju juga pemandu tu memandu.
Memang aku pun tak syak apa-apa lagilah. Lepas tu aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab nak hilangkan rasa ngantuk. Aku rasa dalam 10-15 minit lepas tu. Tiba-tiba kereta tadi ada kat belakang kereta aku balik. HAHHHH!!!! terkejut aku. Adik aku pun cuak juga masa tu. Aku pun tanyalah adik aku tu.
” bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?” adik aku kata mana ada potong sebab kita orang ambik lorong kiri saja dari tadi. Aku dengan adik aku dah cuak gila masa tu.
Kereta tu asyik bagi lampu dongak (klip2) saja lagi. Aku cakap dengan adik aku “ni kompom orang jahat nak pekena kita ni” Maka aku suruh dia siap sedia kalau jadi apa-apa. Lepas itu dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad nak tenguk betul-betul muka orang tu…Perghhh! Takde orang dalam kereta itu. Sebab cahaya kereta dari arah bertentangan terpantul kat dalam kereta Volkswagen itu.
Memang kompom tak ada orang.. FUHHH!!! gerun juga aku masa tu aku pun cakap dengan adik aku buat tak tau jela…diam-diam saja.
Lepas sampai kat rumah mak mentua aku; aku pun berceritalah dengan pakcik bini aku yang aku kena ganggu kat lebuh raya tadi. Dia cuma cakap “Takde apa-apa tu..esok sajlah aku cerita” Hahhh… mungkin sebab hari dah lewat malam kut dan dia tak nak aku terbawa-bawa cerita tu. Esok itu baru dia cerita dengan aku kisah sebenar pasal Volkswagen tu
Labels:
KisahBenar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment