Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

GAMBAR MENARIK NORA DANISH BERCUTI DI BALI





GAMBAR MENARIK NORA DANISH BERCUTI DI BALI | Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi. Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.


Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.


Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.











Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau. Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.


Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!





Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya

Wednesday, 3 September 2014

MISTERI GAMBAR BAHAGIAN TUBUH BADAN INI MENARIK 20 RIBU PEMBACA UNTUK MENGETAHUINYA




MISTERI GAMBAR BAHAGIAN TUBUH BADAN INI MENARIK 20 RIBU PEMBACA UNTUK MENGETAHUINYA


Sekali pandang , pastinya kita tidak merasakan ia adalah part of salah satu anggota badan manusia , kan ?? Gambar ini mendapat perhatian ramai pembaca yang rata-ratanya mengakui bahawa bahagian manakah ia berbentuk sedemikian . Ada juga mengatakan gila memuatnaik gambar yang membawa unsur pemikiran negatif serta pelbagai lagi . Tidak kurang juga komen bahwa ia gambar yang sangat misteri , kelakar dan sangat pelik untuk diteka . hahaha .



Gambar ini milik Craig Baldo , pelawak negara New York . Al-kisahnya gambar ini sahaja untuk anaknya dimana terlekat sekeping stiker bintang untuk dicari anaknya . Namun mendapat perhatian kawan mukabukanya .


Jom lihat aksi komen mereka :












Akhirnya , setelah pelbagai jawapan diberi , salah seorang komen seperti berikut :





HAhahaha , ia adalah kaki dari bahagian sisi pandangan . huuuu
inilah gambar tersebut in real sebelum di"crop"


Ular gergasi seberat 700pound




Gempar! Ular seberat 700 pound dijumpai di Tasik Utara California , BUKAN Malaysia . Ular gergasi itu dipercayai memakan manusia dan kini apabila diukur panjangnya sebanyak 98 kaki . Fuh ! Memang tersangat panjang .

Tuesday, 2 September 2014

10 Raja Terkaya Dunia



Sememangnya kita tahu golongan golongan raja merupakan golongan terkaya di dunia di ikuti dengan pemimpin pemimpin serta ahli polit sesebuah negara. Tetapi tahukah anda 10 orang raja terkaya didunia? Dan catatan ini berdasarkan rekod kekayaan setakat tahun 2010.
No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej


Bukan sahaja raja paling kaya malah raja paling lama bertakhta di dunia iaitu Raja Thailand. Berusia 62 tahun.Jumlah harta: RM96 billion


No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Tempat pemerintahannya dekat dengan Malaysia,merupakan Raja dari Brunei Darus Salam. Mempunyai seorang putera dari isteri pertama dan merupakan bakal sultan seterusnya, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.Jumlah harta: RM64 billion.

No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz

Merupakan Raja dari Arab Saudi dan menunjukkan peningkatan harta dari tahun ke tahun pemerintahannya.Jumlah harta: RM58 billion
No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan

Beliau telah dilantik semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk penggal 5 tahun kedua.Jumlah harta: RM48 billion
No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Merupakan seorang Raja dari Dubai. Hartanya merosot berbanding tahun sebelum ini. Beliau berkemahiran menunggang kuda.
Jumlah harta: RM14 billion
No. 6 – Putera Hans-Adam II Von und zu Liechtenstein

Pemerintah Liechtenstein. Ketua sebuah keluarga berusia hampir 900 tahun.
Jumlah harta: RM11.2 billion
No. 7 – Raja Mohammed IV

Raja dari Maghribi (Morrocco). Merupakan antara raja termuda dari senarai 10 orang raja terkaya, berusia 46 tahun.
Jumlah harta: RM 8 billion
No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani

Menjadi pemerintah Qatar selepas menggulingkan ayahnya. Menghabiskan masa lapangnya di atas kapal layar yang dikenali sebagai Al Mirqab sepanjang 133 meter.
Jumlah harta: RM8 billion
No. 9 – Putera Albert

Memerintah di wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York. Harta keluarganya juga termasuk dari saham kasino Monte Carlo.
Jumlah harta: RM3.2 billion
No. 10 – Putera Karim Al Husseini

Pemerintah yang tidak mempunyai negara kerana merupakan ketua 17 juta penganut Ismaili di seluruh dunia. Juga meminati kuda dan mempunyai ladang ternak kuda di Ireland dan Perancis.
Jumlah harta: RM2.6 billion

10 Ikan Tercantik Di Seluruh Lautan Dan Tasik


10 - AFRICAN CICHLIDS



Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria. Mampu membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.


9 - PARROTFISH




Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.


8- REGAL TANG



Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa. Kecik-kecik pun dah main pisau..


7 - CORAL BEAUTY



Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.


6 - FLAME ANGEL



Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak seteguh Coral Beauty. Aku pun tak faham ayat ni. Kena mengaji balik ni. Tapi maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral Beauty.


5 - IKAN KOI



Yang ini sure ramai yang tahukan. Dapat no 5 ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna oren,merah,putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk mencari pola warnaya yang jarang-jarang didapati.


4-MOORISH IDOL



Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.


3 - LIONFISH



Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.


2- DISCUS



Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika


1-MANDARINFISH


Ada dua jenis dari spesies ini. Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.

9 Umpan Paling Popular Kaki Pancing


Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan.

Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, Jom kita selongkar!!


9 - BelalangSatu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya
kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.

Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.


8- Biji Kelapa Sawit
Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada datu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.



Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan
pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.


7 - Gewang
Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,
lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya.
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia
juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.


6 - Katak
Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular. Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.


5 - Sotong


4 - Udang
Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk
dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal.

Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing .
pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.



3 - Umpun Umpun
Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau
dan merah.
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan
lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut
air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.



2 - Telur Kerengga
Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.
Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama.
Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.





1 - Cacing
Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah
padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau
banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bilabila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.

Thursday, 28 August 2014

Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq Yang Mengejutkan

Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq Yang Mengejutkan | Perang di Iraq yang dimulakan oleh Amerika masih lagi tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan Saddam tumpas, kini masih ada askar Amerika di sana berkawal.



Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera member amaran kepada askar wanita supayaha mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita.



Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang. Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita.

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 133 askar wanita hamil di Iraq dariapada Januari 2003 hingga tahun lepas.




Kisah Ngeri Azab Kota Pompeii Yang Ramai Tak Tahu


Kisah Ngeri Azab Kota Pompeii Yang Ramai Tak Tahu | Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.



Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.




Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!




Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.




Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.




Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Informasi Kisah Pompei dari Al Quran

Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.

Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).




Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….