Friday 18 July 2014
Lelaki Belasah Ibu Kemudian Berbogel Di Kuching
KUCHING – Bagaikan dirasuk, seorang lelaki mengamuk dan mencederakan ibunya sendiri sebelumdia dikatakan berbogel untuk mengelak ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima laporan, awal pagi semalam.
Difahamkan, insiden dilaporkan berlaku di Taman Sukma di sini apabila lelaki berusia 21 tahun itu yang juga penuntut sebuah universiti tempatan dikatakan tiba-tiba mengamuk sekitar jam 3 pagi.
Dalam insiden itu, selain merosakkan peralatan di dalam rumah, dia juga dilaporkan bertindak membelasah ahli keluarganya termasuk ibunya yang berusia dalam lingkungan 60-an.
“Keluarganya terpaksa menghubungi pihak polis untuk bantuan selepas dia dikatakan terus bertindak agresif.
“Apabila menyedari kehadiran polis, dia segera bersembunyi di bilik tidurnya sebelum dikatakan berbogel apabila hendak ditahan anggota polis,” kata sumber.
Difahamkan, lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas dikatakan cuba menyerang anggota polis dan dia kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.
“Sebaik sahaja berjaya ditahan, polis kemudian meminta keluarganya memakaikannya pakaian sebelum dia dihantar ke HUS untuk pemeriksaan,” kata sumber.
Ibu mangsa yang juga mengalami kecederaan turut dibawa ke HUS untuk mendapatkan rawatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment