Liang Roma seorang wanita Ditumbuhi Kuku
Penyakit seorang pelajar universiti dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri selepas menghidap sejenis penyakit aneh di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.
Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.
Menurut Shanyna, dia terpaksa melindungi kepalanya yang botak selepas ditumbuhi kuku dengan skarf dan rambut palsu selain menunggu penawar yang belum ditemui.
Jelas doktor, kulit Shanyna menghasilkan 12 kali ganda sel-sel kulit biasa di setiap liang romanya sehingga menjejaskan keadaan kulitnya.
“Pada September 2009 lalu, saya mengambil ubat penahan sakit steroid kerana diserang asma, dan selepas beberapa jam saya seluruh tubuh saya berasa sangat gatal,” katanya kemudian menambah keseluruhan kakinya turut diselaputi benjolan kehitaman.
Kini, kumpulan pakar bertungkus lumus mengkaji penyakit misteri Shanyna dan hanya mampu mengawal simptom daripada merebak.
No comments:
Post a Comment