Hari ini hari jadi Uncle...
Uncle (pak cik/Wan Amran Wan Hussin) ada maklum pada ibu saya supaya menjaga isteri dan anaknya dengan baik sekiranya dia sudah tiada nanti," kata Atikah Hasanah Abdul Rahman, 21.
Atikah adalah anak saudara juruterbang MH17 Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang jenazahnya dibawa pulang ke tanah air bersama lapan lagi jenazah mangsa nahas MH17, pagi ini.
Menurut Atikah, kali terakhir dia dan keluarga bertemu dengan Wan Amran ketika mengadakan majlis makan malam di kediaman Allayarham, kira-kira sebulan sebelum pemergiannya ke Amsterdam.
"Ketika ditemui, uncle tidak menunjukkan sebarang perubahan malah perlakuannya seperti biasa, peramah dan begitu mengambil berat ahli keluarga yang lain.
"Malam selepas selesai majlis makan malam itu juga ibu (Puteri Ummi Maharum) ada maklum pada kami tentang pesanan terakhir adiknya itu (Wan Amran) tapi kami tidak menyangka ia adalah petanda beliau akan pergi meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pagi ini.
Ika berkata, dia sedih dengan kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu apatah lagi jenazah beliau tiba hari ini iaitu hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-50.
"Pada tahun sebelum ini, kami sekeluarga tidak pernah lupa mengucapkan hari lahir kepada uncle, namun suasananya sangat berbeza tahun ini.
"Uncle seorang yang sangat baik, penyayang dan mengambil berat mengenai anak saudaranya terutama hal pelajaran. Kami sangat rapat dan pemergiannya satu kehilangan yang amat besar buat kami dan keluarga, " katanya.
No comments:
Post a Comment