Tuesday, 2 September 2014

10 Ikan Tercantik Di Seluruh Lautan Dan Tasik


10 - AFRICAN CICHLIDS



Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria. Mampu membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.


9 - PARROTFISH




Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.


8- REGAL TANG



Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa. Kecik-kecik pun dah main pisau..


7 - CORAL BEAUTY



Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.


6 - FLAME ANGEL



Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak seteguh Coral Beauty. Aku pun tak faham ayat ni. Kena mengaji balik ni. Tapi maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral Beauty.


5 - IKAN KOI



Yang ini sure ramai yang tahukan. Dapat no 5 ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna oren,merah,putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk mencari pola warnaya yang jarang-jarang didapati.


4-MOORISH IDOL



Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.


3 - LIONFISH



Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.


2- DISCUS



Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika


1-MANDARINFISH


Ada dua jenis dari spesies ini. Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.

No comments:

Post a Comment