Tuesday, 2 September 2014

Cinta baharu Hafiz Suip




Hafiz SuipTIDAK hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Mohd Hafiz Mohd Suip kini terus mengorak langkah ke hadapan.
Meskipun sibuk dengan aktiviti seninya, Mohd Hafiz atau nama pentasnya, Hafiz Suip kini turut sibuk menguruskan perniagaan restoran miliknya yang baru saja beroperasi di The Atmosphere, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, hasrat saya untuk membuka restoran akhirnya terlaksana. Semuanya berjalan dengan lancar, malah sepanjang Ramadan lalu, pelbagai juadah bufet turut disediakan.

"Biarpun sibuk, saya tetap akan cuba meluangkan masa untuk datang ke restoran setiap hari.

"Saya akui menguruskan perniagaan yang membabitkan makanan memang memenatkan tetapi ia perlu seiring dengan minat dan jiwa serta keyakinan yang ada, barulah ia akan konsisten," katanya kepada Zass.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini memberitahu, restorannya itu berkonsepkan kafe dan boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.

"Restoran ini bertemakan Western Food berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang cukup berpatutan.

“Kalau boleh, saya memang mahu menyediakan juadah enak dari Sarawak, namun melihat masakan Sarawak banyak dijual di Semenanjung, saya terpaksa berfikir dua kali.

"Kepada peminat yang ingin mencuba juadah di restoran saya, bolehlah singgah di antara jam 6 petang hingga 2 pagi," kata pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini.

No comments:

Post a Comment