Monday, 1 September 2014

Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media


Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media

Suka kami mendengar penjelasan Ummi Nazeera mengapa dirinya menyepikan diri daripada media massa selepas penghijrahannya. Diakui memang jarang Ummi tampil menceritakan kisah hijrahnya untuk tatapan orang ramai. Selepas tamat pengajiannya pun Ummi dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti agama dan tidak tampil di suratkhabar atau televisyen untuk bercerita perkembangan hidupnya. Hanya baru-baru ini sahaja Ummi Nazeera mula membuka mulut dan berkongsi detik-detik perubahan dalam hidupnya yang bermula di Melbourne, Australia.



Menerusi portal Murai baru-baru ini, Ummi Nazeera memaklumkan punca utama dirinya enggan ditemuramah oleh mana-mana media mengenai penghijrahannya adalah kerana bimbang timbul perasaan riak di dalam diri. Kata Ummi:-
Selama ini bukan saya sengaja untuk tidak mahu berjumpa dengan rakan media. Saya ada alasan saya sendiri. Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.
Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.
Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini.

Memang ada logiknya kebimbangan Ummi Nazeera tersebut. Biasalah awal-awal berhijrah pasti akan ada bisikan dan godaan daripada syaitan untuk memesongkan niat penghijrahan tersebut. Mana tahu kalau tak tahan godaan niat yang kerana Allah boleh terpesong kerana dambakan pujiaan daripada manusia. Satu langkah yang bijak buat Ummi untuk menyepikan diri buat seketika. Semoga selepas ini Ummi akan semakin aktif berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan buat orang ramai.

No comments:

Post a Comment