Monday, 1 September 2014

Sekolah Pelacur Khas Untuk Wanita Di Belanda

Sekolah Pelacur Khas Untuk Wanita Di Belanda


Seorang wanita bekas pelacur di Belanda menubuhkan sebuah sekolah khas untuk belajar menjadi pelacur. Ia dikenali dengan nama Hanky Panky School. Kurikulumnya disusun khas agar para lulusannya dapat menjalankan pekerjaannya secara lebih profesional dan tentunya memperoleh lebih banyak wang pendapatan.

Pengasasnya, Elene Vis (43) membuka sekolahnya di Amsterdam beberapa waktu lalu yang menawarkan Ilmu Pemasaran Eksklusif.

“Anda boleh menyebutnya teknik pemasaran. Anda harus mempunyai keterampilan menjual, tidak kira sama ada yang anda jual tubuh sendiri atauperkakas rumah tangga. Prinsipnya tetap sama sahaja,” kata Elene.

“Kami memberikan training untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan wang lebih banyak dari pekerjaan mereka,” katanya.

Elene mengatakan bahawa para pekerja seks komersial yang bekerja melalui agensinya boleh mendapat 6000 Euro setiap bulan, dengan hanya 40 jam kerja. Itulah sebabnya dia mendirikan sekolah tersebut.

Dengan yuran 450 euro seorang, setiap pelajar akan diberi pendidikan dalam bentuk tutorial dan video tentang berfikir positif dan teknik-teknik bercinta, termasuk subjek Kama Sutra. Menurut Elene, cara berfikir positip dan rasa percaya diri amat penting untuk membuat klien lebih yakin dan menghabiskan waktu lebih lama. “Seks 10 minit tidak akan menghasilkan banyak wang,” katanya.

Belanda memang dikenali sebagai negara yang 'menghalalkan' industri seks sejak tahun 1988, beberapa lokasi di ibu kota menjadi tujuan utama pelancong dalam dan luar negera yang menyumbang jutaan euro setiap tahun. Sektor ini juga penyumbang cukai dan KDNK yang cukup besar bagi Belanda.



No comments:

Post a Comment