Monday, 1 September 2014

iCloud Digodam! Bahayanya icloud.

iCloud Digodam! Bahayanya icloud.



Bagi sesiapa yang menggunakann barangan keluaran Apple, sudah tentu tahu apa itu iCloud. iCloud adalah servis dari Apple bagi pengguna produk Apple untuk menyimpan data seperti gambar, video, kalendar atau contact secara on-line

Hari ini, internet menjadi kecoh apabila seorang hacker telah menyebar beberapa gambar artis di laman web perkongsian gambar 4Chan. Hacker tersebut mengaku telah menggodam iCloud beberapa artis dan mengambil banyak video dan gambar mereka untuk dijual.


Jennifer Lawrence, Ariana Grande dan Kate Upton adalah antara beberapa selebriti yang gambar peribadi mereka telah disebarkan di laman perkongsian berkenaan.


Lebih teruk, hacker tersebut mengeluarkan senarai nama artis yang telah berjaya digodam olehnya, dan ini menjadikan beberapa laman web hiburan mahu membeli gambar dan video itu dengan harga puluhan ribu dollar.





Jennifer Lawrence telah mengesahkan gambar yang tersebar itu adalah gambar milikknya. Begitu juga dengan Mary E. Winstead.

Bagaimana pun, ada juga yang mengatakan gambar adalah palsu.

Bagi sesiapa yang ada gambar peribadi di iCloud, baca berita ini, dan ambil iktibar. Tidak mustahil jika hacker ini mengajar orang lain cara dia menggodam iCloud, dan gambar orang lain yang menjadi mangsa

No comments:

Post a Comment