Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Jemput-jemput Udang Geragau (Cekodok)


Jemput-jemput Udang Geragau (Cekodok)

Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
150 gm udang geragau - boleh tambah lagi kalau suka
2 labu bawang besar - dicincang kasar
2 biji cili hijau - dihiris nipis
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk kunyit
segenggam ikan bilis (dikisar halus)
Daun sup/daun bawang
Garam dan gula
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
- Rendam udang geragau selama lebih kurang 10 minit. Kemudian basuh sehingga bersih.
- Di dalam bekas, satukan dan gaul tepung gandum, udang geragau, cincangan bawang besar, cili hijau, susu tepung, telur, soda bikarbonat, serbuk kunyit, ikan bilis yang dikisar, daun sup/daun bawng, garam, dan gula.
- Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul adunan tadi sehingga sebati (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
- Biarkan seketika sehingga adunan naik sedikit.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput adunan tadi dan goreng sehingga kekuningan.
- Siap dihidang.
- Cadangan sos - Sos cili biasa, sos cili thai.


Udang Masak Halia


Udang Masak Halia

Bahan-bahan
Udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dipotong kecil)
3 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam dan gula
Minyak

Cara memasak
- Goreng udang sederhana masak (2-3 minit)
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng.
- Masukkan sos tiram dan sos cili.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Photo: Udang Masak Halia

Bahan-bahan
Udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dipotong kecil)
3 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam dan gula
Minyak

Cara memasak
- Goreng udang sederhana masak (2-3 minit)
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng.
- Masukkan sos tiram dan sos cili.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Udang Mentega Nestum Menu Terbaru


Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan
1kg udang basah (saiz sederhana besar)
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan nestum
Garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 biji telur
Cara-cara

- Gaul udang dengan garam dan lada sulah.
- Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
- Pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing.
- Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
- Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum.
Photo: Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan
1kg udang basah (saiz sederhana besar)
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan nestum
Garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 biji telur
Cara-cara

- Gaul udang dengan garam dan lada sulah. 
- Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
- Pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. 
- Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
- Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum.

Tuesday, 19 August 2014

Udang Goreng Bersalut Telur

Udang Goreng Bersalut Telur





Masakan orang laut, masa buat 29 minit sahaja (terbukti sempat sebelum waktu berbuka), resepi daripada bakal mak mertua keduaku.

Bahan-bahan ( 1 - 2 Orang )
>> Bahan-bahan Utama <<
Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
2 biji telur
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
>> Sos Pencicah <<
4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

Cara-cara
Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.
Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.
Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali.
Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!

Thursday, 14 August 2014

Mee Udang Mengancam Hati Nurani



Mee Udang

Bahan-bahan ( 3 px )

1 paket besar mee kuning
1 ikat sawi
1/2 kg udang tak kira saiz
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur saiz A
3 liter air
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
minyak masak, garam dan gula
cili kisar 3 sudu besar


Cara-cara

Rebus udang dgn 3 liter air dlm periuk sampai mendidih. tutup api dan biarkan..
kisar bawang merah dan bawang putih tumis dalam minyak yang telah di panaskan dlm kuali sehingga garing sedikit dan naik bau..
masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing..
campurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama secawan air gaul dan masukkan ke dalam tumisan yang telah garing, gaul rata dan biarkan mendidih.
pecahkan sebiji telur dan gaul rata supaya kuah pekat, biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih tuangkan ke dalam periuk berisi rebusan udang tadi dan letak kembali ke atas api, masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
didihkan air dan celur sawi, toskan.. jgn buang air rebusan td sebalik nya celurkan pula mi kuning yang telah di cuci bersih dan toskan.
bila kuah dah menggelegak sempurna, boleh hidangkan dengan mi bersama cili potong, hirisan daun bawang,telur rebus dan bawang grg...

Tuesday, 12 August 2014

Udang Goreng Tepung Belum try Belum tau...

Udang Goreng Tepung Belum try Belum tau...

Bahan-bahan:

20 - 30 ekor udang

80 gram tepung gandum

100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
6. Panaskan minyak, paras minyak boleh tenggelam udang.
7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
10. Angkat dan toskan.
11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.


Mari Cuba : Sambal Udang Petai


Sambal Udang Petai

Bahan-bahan
150 gm udang segar
50 gm petai - dibelah dua
5 sudu makan cili kering - dikisar
3 sudu makan cili boh
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan jus limau nipis
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara-cara

Goreng udang setengah masak dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga wangi,kemudian cili kering yang dikisar bersama cili boh,sos tiram dan kicap cair.Biarkan sehingga naik minyak dan masak.
Masukkan petai dan udang beserta jus limau nipis dan 1/2 cawan air.Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan mendidih dan bolehlah diangkat.