Sunday, 3 August 2014

Punca Utama Anak Gadis Melakukan Perbuatan Terkutuk

Inilah Punca Utama Anak Gadis Melakukan S3k Yang Ramai Ibu bapa Tidak Tahu



Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.

Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.

Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.

Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.

No comments:

Post a Comment