Thursday 31 July 2014

MODEL PERAGAAN LELAKI TUKAR JANTINA JADI PEREMPUAN


MODEL PERAGAAN LELAKI TUKAR JANTINA JADI PEREMPUAN




Model peragaan lelaki beketurunan Bosnia, Andreja Pejic telah melakukan transformasi ekstrem apabila menukar jantinanya sebagai seorang wanita.


Dia kini mahu dikenali sebagai Andreja Pejic seiring dengan perubahan terbaharu itu.


Model berusia 22 tahun ini juga mahu memperjuangkan hak kaum mak nyah agar mereka diterima oleh semua masyarakat di luar sana.


“Setiap manusia di luar sana berhak mendapat layanan yang sepatutnya tanpa mengira identiti dan jantina mereka. Perkara itu merupakan asas kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan sebelum ini,” katanya memetik portal hiburan antarabangsa.







Wajib sama hukum mcm KIKI....


Khairy berkata Kiki minta maaf tapi kena hukum, yang ini juga sepatutnya kena hukum

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan supaya tindakan tegas diambil terhadap pesalah tidak kira kaum.

Khairy juga menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan kenyataan seorang pengguna di laman sosial ‘Facebook’ yang menggunakan ID Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya oleh Umat Islam.

“Kiki minta maaf tapi kena hukum, yang ini juga sepatutnya kena hukum. Sekali untuk semua, kasi ajar sikit,” katanya di dalam status Facebooknya.

Namun selepas dikecam oleh orang ramai Kelvin memadam statusnya itu dan meminta maaf serta mengakui kesilapannya.

Sementara itu, pengguna Facebook Alfred How berkata “beliau mewakili kaum Cina meminta maaf. Saya setuju tindakan undang-undang saksama dan adil tidak kira kaum diambil oleh pihak berkuasa. Pemilik akaun Facebook tersebut memang melampau dan memalukan bangsa Cina ”.

Pengguna Facebook Gordon Ck Lim pula berkata, “memalukan.. Kena tangkap untuk diberi pengajaran”.

Pengguna Facebook Edmund Leong berkata “salah tetap salah, tidak kira beliau Cina ke apa, you tak hormat orang lain jangan harap orang lain hormat you….dia patut kena saman atau masuk lokap sebab hina agama lain…”.

Sebelum ini seorang wanita pembuli jalan raya, Siti Fairrah Asyikin Kammaruddin telah dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan akibat mengetuk sebuah kereta yang menggesel dengan keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.

Asyikin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kiki juga sebelum ini telah meminta maaf dan mengakui kesilapannya, namun beliau tetap menerima hukuman kerana mengakui kesilapannya terhadap Sim Siak Heong.

Memalukan!!! Pengakuan Seorang Anak Gadis Apabila Tersalah Hantar Foto Panasnya Pada Bapa Sendiri

Memalukan!!! Pengakuan Seorang Anak Gadis Apabila Tersalah Hantar Foto Panasnya Pada Bapa Sendiri





Perkara yang paling memalukan apabila seorang anak gadis ‘terhantar’ foto tanpa seurat benang kepada ayahnya sendiri.. Lol, dan ayahnya cuba membalas kembali mesej berkenaan. Begitulah yang terjadi kepada gadis yang hanya dikenali sebagai Dear Fashionn dalam akaun Twitternya.
Berikut adalah pengakuan gadis tersebut di dalam akaun twitternya mengenai apa yang terjadi.








Semenjak post tersebut tersebar di akaun twitternya, pengikutnya yang pada mulanya hanya 800 orang telah meningkat mendadak kepada 13,000.

Heh, cara mudah tapi memalukan untuk untuk mendapatkan perhatian.. hehe.



Semoga ianya menjadi pengajaran kepada beliau dan kita semua.

Awas!! Berhati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian SEBARKAN!!

Awas!! Berhati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian SEBARKAN!!




Los Angeles – Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.


Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna. Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania.


Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.


“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.



“Video itu akan dimainkan selama beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’ katanya, dipetik Mynewshub.

Main Kasar Nampak : Israel sasar Malaysia Tuduh Malaysia Latih HAMAS

Israel sasar Malaysia Tuduh Malaysia Latih HAMAS




Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel

KDN nafi dakwaan Malaysia tempat latihan pejuang Hamas


KDN nafi dakwaan Malaysia tempat latihan pejuang Hamas


KUALA LUMPUR 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

“KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

KAPAL LAUT MAMPU UNTUK TENGGELAM DAN TIMBUL DI DALAM AIR



KAPAL LAUT YANG MENAKJUBKAN MAMPU UNTUK TENGGELAM DAN TIMBUL DI DALAM AIR

Heavy-lift ship adalah sebuah kapal yang direka untuk menggerakkan beban yang sangat besar yang tidak boleh dikendalikan oleh kapal-kapal biasa.


Kapal sepatutnya terapung di atas air. Betul? Tidak bagi yang satu ini. Ia menghabiskan semua masa di bawah air dengan sengaja. Melakukan kerja yang kita tidak dapat dijangkakan. Menakjubkan.


Ini adalah Blue Marlin, Sebuah kapal separuh submerging mampu mengangkat kapal lain keluar dari air dan mengangkut ia.





























PENJELASAN FARISH AZIZ BERHUBUNG SELFIE DI KUBUR


Penjelasan Farish Aziz Berhubung Selfie Di Kubur | Niatnya hanya cuma untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.

Namun baru-baru ini, pelakon Farish Aziz bagaimanapun tersilap langkap apabila dia mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia itu ber’selfie’ di kubur dan mendakwa aktor itu bergambar sehingga terpijak kubur yang lain.

Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.

Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.

Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:

“Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenen; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau. P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan… Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.





Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

“Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati.” luahnya.

Rakyat Malaysia dibodohi McDonalds.


Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia?

Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.


Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.


Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.

Banyak restoran McDonald’s milik penuh rakyat Malaysia Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.



Petikan dari notis di laman web mereka

Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242
Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?


Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?




McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).



Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.



Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.



Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.


Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

Sape Berani??? Jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia...

Jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia kini dipegang oleh Mother Russia. Jambatan gantung ini terletak di Taman Negara Sochidan ianya sepanjang 1800 kaki. Ia tergantung 650 kaki dari permukaan sungai dan terletak di antara dua ngarai. Selain berjalan kaki di atasnya anda juga boleh melakukan aktiviti lompatan Bungee dari jambatan ini sekiranya berani. Nampak seperti sebuah tarikan pelancong yang menarik. Jadi tempat bunuh diripun boleh kerana just look at it. Senang kot nak lompat!









Wanita Mati Bakar Diri Dalam Tandas Di Medan Selera, Kulim

Wanita Mati Bakar Diri Dalam Tandas Di Medan Selera, Kulim


Kulim – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar dirinya di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, mangsa yang belum dikenalpasti identiti dipercayai membakar dirinya dalam tandas berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.


“Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.


“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya. – Harian Metro

Mati dengan hormat

Doktor Memberi Tunduk Hormat Ke Atas Pemergian Budak Ini..

Tindakannya Sebelum Meninggal Dunia Memberi Kesan Besar dan Tidak Akan Dilupakan..




Doktor di Shenzhen,China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.





Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain." Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.

Kisah Seram l Fakulti Berhantu Malam Khamis (FBMK) UPM

 Kisah Seram l Fakulti Berhantu Malam Khamis (FBMK) UPM


Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Pelbagai cerita seram terbitan sang penerbit tempatan keluar terbang mencari mangsa mereka, sang penonton Melayu. Kisah ini diturunkan secara turun-temurun. Daripada anak cicit, moyang dan segala macam salasiah keluarga tahu akan cerita hantu. Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik kepala botak a.k.a toyol pun ada sudah terkenal. Si toyol itu hanya hendak mencari pendapatan sampingan je lah. Kenapalah dikomersilkan pula...


Di mana-mana sahaja tempat di Malaysia ini pasti akan ada cerita hantunya tersendiri.

Ini tak lari juga di universiti yang saya diami, Universiti Putra Malaysia (UPM). Banyak kisah seram yang saya dengari. Biasalah. Cerita hantu sebegini memang terkenal. Sebaran hanya daripada mulut ke mulut. Setiap tempat di UPM ini boleh dikatakan ada kisah seramnya. Semestinya ia bukan yang baik untuk diceritakan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menjadi wadah penceritaan kisah seram pada kali ini. Saya putar istilah FBMK ke 'Fakulti Berhantu Malam Khamis' bagi menyedapkan sedikit kisah yang ingin saya ceritakan ini...

Al-kisah bermula apabila seorang kawan saya, si budak fbmk (secara tak rasminya) membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya. Sudaah lewat malam pun. Balik jer la dulu.

Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…

Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding door fbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak. Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…


Saya pernah mengambil kelas di FBMK di bawah subjek 'Perubahan dan Komunikasi'. Nak dijadikan cerita, pensyarah saya untuk kelas itu membuka sedikit cerita menarik untuk santapan kami yang sedang kebosanan. Untuk makluman, kisah ini boleh dikategorikan Israeliyat versi FBMK. Saya tidak tahu benar atau tidak.

Al-kisahnya sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBA… microphoneberdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 1-2 minit lepas tu pensyarah pun bersuara.

“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya,” sambil menglambai-lambai tangan beliau ke arah microphone.

“Awak nampak tak?” pandang beliau ke arah kami semua.

Saya dan yang lain geleng kepala jer. Apakah yang sedang berlaku ini? Biasalahkan apabila microphone berdehem seketika dua kerana tak off.

"Perkara begini jangan awak sangka tak pelik," dan bermulalah beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK.

Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik berlaku di kawasan FBMK ni.



“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” pandangan serius beliau ke arah kami.

Kami terdiam. Para pelajar yang sibuk bersembang di belakang mula senyap. Suasana mula sepi. Mereka mula fokus. Mana taknya, ini akan tercatit satu kisah menarik di minda kami pada senja ini.

“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu. Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni," aksi beliau seperti meninggalkan semua barang yang ada di meja.

"Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain pula kan?” Tambah beliau itu.

Itu tanda ‘ada’ yang hendak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.

“Saya sudah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya,” tunjuk beliau ke arah slide putih di hadapan kelas.

“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Kerusi pensyarah ini. Bukan kerusi pensyarah lain,” tepuk beliau pada kerusi yang didudukinya.




Slide putih dan kerusi berpusing secara sendirinya…
Nampaknya kelas ini mempunyai sejarah yang menarik bagi beliau.

Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas.

"There is a high chance that the 2nd person in here is not human," kata beliau.

Erkkk… biar betul!? Dulu saya ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Saya pernah masuk kelas ini seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa saya masuk tu, memang ada terasa aura seram. Bulu roma di tangan ketika itu ada juga meremang. Tapi saya endahkan dengan membaca buku teks. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la saya berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau. Nasib, nasib…




Tetiba meja kerusi naik secara sendiri… krek…
Kisah menarik bertambah lagi apabila, bunyi kompang lain dari yang lain hanya boleh didengari di FBMK ini.

Ujar pensyarah, jika ada yang teringin, boleh pergi di belakang blok B ini. Di satu kawasan lapang FBMK. Belakang kelas ini sahaja katanya. Datang untuk mendengar bunyian tersebut. Syaratnya adalah pada hari Jumaat, dalam waktu 11am-1pm sebelum orang solat Jumaat. Berseorangan.

Insya-Allah, akan dengar bunyi suasana meriah seperti kita pergi kenduri orang kahwin. Tepat pukul 1pm pasti ada bunyi orang berkompang. Ia seperti ada satu suasana meriah sedang berlangsung. Sama seperti kompang kenduri kahwin.

“Awak pastikan datang seorang diri tau. Jangan bawa kawan-kawan pulak. Nanti awak kata saya merepek pulak,” berkata beliau sambil beliau senyum.

Ish, ada kerja pulak saya nak pergi situ sorang-sorang. Bayangkan jika sedang saya leka mendengar bunyi kompang itu, dibukakan hijab pemandangan saya dapat melihat sekumpulan orang yang berkompang itu. Tidak semena-mena mereka pun dapat lihat saya. Ah sudah...

Tak la pula saya menghalang orang lain untuk mencuba kebenarannya. Kalau ada sesiapa yang teringin tu, boleh la mencuba yea. Nanti bolehlah cerita kepada saya betul atau tak. ^^. (kalau 'hidup' lagi…)





Kawasan lapang di belakang blok B, bangunan kelas KOH3333 aku (bilik Hamka). Jom kalau ada yang berani seorang diri di sini dengar bunyi kompang.


“Dulu ada sekumpulan pelajar nak buat satu majlis keraian di kawasan lapang di hadapan FBMK. Kawasan yang ada pokok krismas tu. Saya tak benarkan. Saya kata kalau nak buat, buat di atas jalan raya di hadapan bangunan FBMK sahaja. Apabila majlis berlangsung, 3 orang pelajar dihantar ke hospital sebab terkena histeria. Bayangkan jikalau dilakukan di kawasan lapang tu… Saya yakin tiada yang terlepas pengalaman histeria di situ.” kata beliau serius.

Nampaknya kawasan larangan bukan sahaja di belakang FBMK tetapi di kawasan-kawasan lapang di serata tempat FBMK. Serius kool!



Ini pula di belakang Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Lapang semacam jer… Seram tau bila aku lalu nak tangkap gambar di sini.




“Kalau nampak ada makcik cleaner ke hulu ke hilir selepas waktu pejabat, kalau boleh awak jangan tegur. Terutamanya waktu senja, di tandas,”

Kami terdiam seketika lagi. Apa yang peliknya dengan makcik cleaner?

“Cuba awak fikir. Cleaner di sini hanya bekerja di waktu pejabat. Mana yang ada kerja overtime. Lagipun, akan awak nampak belakang dia jer. Waktu Maghrib, waktu selalu muncul. Awak fikir siapa tu?” kata beliau selamba.

Alamak!!? Saya ketika itu dah la balik kelas itu di waktu Maghrib. Selalu jugak la pergi tandas sebelum balik. Harap-harap tak terserempak makcik cleaner tersebut. Mahunya gementar dan demam seminggu memikirkannya kalau terserempak.

Amat jarang kelas malam di FBMK terutamanya di Sanggar bahasa. Tempat tersebut ialah tempat yang paling dekat dengan 2 kawasan tidak akan didiami rakyat Malaysia.

Kalau ada pun kelas, jumlahnya adalah sedikit. Bayangkan kalau balik kelas pada pukul 11pm… seorang diri sambil tunggu bas depan FBMK… Bau harum menusuk ke hidung... Apabila menoleh kepala ke kiri…
“Lama jugak la bas ni. Kolej kita kat KTP…takutla balik sorang…” tegur seorang wanita misteri berambut panjang ala-ala amoi.


Kisah tambahan juga ada berkaitan dengan rumah khas untuk Naib Canselor (NC) atas bukit belakang FBMK. Takda NC setakat ni yang kekal tinggal di rumah tersebut sepanjang menjadi NC UPM. Berhantu. Duduk jer kena kacau. Macam-macam bunyi kedengaran tatkala bulan mula naik menunjukkan diri….

Saya pernah jugakla tengok rumah tu semasa pergi ladang 5 di belakang Kolej 6. Ketika itu kelas amalan ladang sedang berlangsung. Suasana keliling rumah itu sunyi. Lantai beranda rumah penuh dengan daun-daun kering. Dalam rumah nampak bersih sahaja seperti terjaga padahal tiada orang tinggal di situ. Ketika itu saya lihat lama-lama ke arah rumah itu. Seakan-akan ada kelibat manusia pula di jendela rumah tersebut. Kabur. Saya pandang semula ke arah instruktor saya. Bila ditoleh semula untuk kepastian - kosong… Apa lagi, cepat-cepat saya turun mendekati kawan-kawan yang lain.

Bulu roma naik. Degupan jantung meningkat. Rasa seram sejuk di belakang tengkuk.



Ada yang berani nak bermalam di sana tak? Jom…
Sebenarnya, teka-teki kenapa FBMK berhantu boleh dijawab dengan mudah. Terdapat dua tempat yang menjadi tempat wajib manusia singgah setelah mereka mati - kubur. Satu kubur Melayu Islam dan satu lagi jirat Cina (untuk makluman, jirat juga dikenali sebagai kubur tetapi kebanyakannya dikhususkan kepada penggunaan kubur cina).

Saya sarankan jika ada sesiapa yang berminat ingin memberontak menolak pembayaran sewa penginapan kolej yang mahal bolehlah menginap di sini. Ia juga digelar kolej 18 dan kolej Batu II.

Pilih salah satu. Blok Cina atau Blok Melayu. Dua-dua selesa. Dingin sahaja di waktu malam.

Kedua-dua kubur ini menjadi misteri. Ia hanya diziarahi ketika kematian berlaku. Sang arwah dan mendiang kekal senyap tanpa sebarang kata di rumah mereka. 'Penghuni' di atas hidup meriah tanpa gangguan mereka.

Demi menjadikan entri ini lebih menarik saya ingin pergi melawat rumah mendiang. Cuma ketikasnap tiba-tiba kedengaran bunyi anjing menyalak entah dari mana. Sempat 2-3 snap kelibat 2 ekor anjing dari rumah jirat datang menerpa ke arah saya. Apa lagi… rempitan harus bermula sekarang!




Pintu masuk ke jirat Cina UPM.

Pandangan dari belakang Sanggar Bahasa.


Kalau kubur Islam Melayu tidak pula saya pasti di mana.



Kubur Melayu Islam ada di belakang ini, mungkin?


Walau apapun kita sebagai umat Islam wajib percaya yang memang ada makhluk selain daripada manusia di dunia ini. Jin juga adalah makhluk ciptaan Allah. Jumlah mereka adalah 9 kali ganda daripada jumlah manusia .



Mari dengar ceramah Ustaz Kazim tentang hantu di UPM
Cuma tak perlulah kita takut kepada mereka. Biarkan mereka selagi mana mereka tidak mengganggu kita. Usah khuatir kerana Allah sentiasa di sisi kita. Baca sahajalah ayat pendinding yang biasa kita dengar - ayat kursi dan 3 kul. Insya-Allah terjamin keselamatan kita daripada gangguan makhluk pelik

Wednesday 30 July 2014

Juadah-juadah Hari Raya Paling Popular, ape komen anda?

10 Juadah Hari Raya Paling Popular

Hari Raya datang lagi. Walaupun semakin banyak makanan dan kuih-muih raya moden yang diperkenalkan, namun beberapa juadah raya dan kuih raya kekal mengungguli pilihan juadah di pagi Hari Raya. Ketahui 10 daripadanya.

Rendang Ayam/ Daging/ Tok (Perak)

Rendang antara juadah raya yang dulu hanya ada di musim perayaan. Pada kebiasaannya rendang yang dihidang terdiri daripada rendang ayam dan daging lembu, namun di negeri Pahang daging kerbau lebih menjadi pilihan. Begitu juga degan negeri Perak yang terkenal dengan rendang Tok yang lebih gelap berbanding rendang yang biasanya ditemui di negeri lain. Rendang Nogori pula paling mudah untuk dimasak kerana bahan-bahannya yang lebih ringkas dan cara masak yang sangat mudah.

Ketupat/ Nasi Impit

Hari Raya tanpa ketupat sama seperti tidak beraya jika di Malaysia. Di zaman moden ini ramai yang hanya menghidangkan ketupat segera, adaptasi daripada nasi impit zaman dulu. Namun suka atau tidak, ia tetap tidak sama dengan ketupat yang dipotong sendiri daripada anyaman daun kelapa kerana daun inilah yang memberikan rasa yang berbeza daripada ketupat moden.

Lemang/ Lepat/ Ketupat Palas

Lemang, lepat dan ketupat palas, semuanya dibuat daripada beras pulut. Namun lemang punyai sedikit kelainan kerana ia dimasak bersama santan. Lepat adalah beras pulut yang dicampur kelapa parut dan garam dan dibungkus dengan daun kelapa dan direbus seperti ketupat nasi. Ketupat palas pula sama seperti ketupat tetapi beras digantikan dengan beras pulut. Salah satu jenis masakan pulut ini amat popular sebagai juadah raya yang dimakan bersama apa juga jenis rendang.

Kerisik Kosong atau Babat

Kerisik sudah semakin kurang didapati sebagai juadah raya, namun ia juga sejenis hidangan yang sinonim dengan Hari Raya dan serasi dengan ketupat. Sama ada kerisik dimasak kosong atau ditambah babat (bahagian perut lembu yang berwarna hitam), jangan lepaskan peluang merasainya jika anda terjumpa dimana-mana rumah warga Johor. Sekali rasa pasti terpesona.

Sambal Kacang

Juadah raya paling ringkas adalah sambal kacang atau kuah kacang yang dimakan dengan ketupat atau nasi impit. Walaupun hidangan yang ringkas, sekali makan pasti bertambah lagi dan lagi, bergantung kepada ras sambal kacang. Terkini, sambal kacang sedap jika ditambah daging atau ayam tetapi pastikan ketulannya kecil dan hanya sebagai tambahan kepada sambal kacang.

Kuih Raya - Dodol

Walaupun sambutan agak kurang kepada dodol kerana telah dikomersilkan, ia juga merupakan mansan kuih raya yang sinonim dengan Hari Raya. Manisan yang likat dan kadangkala dimasak keras ini boleh ditambah rasanya dengan durian bagi peminat durian. Kemeriahan memasak dodol sempena menyambut raya tentu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi generasi terdahulu.

Kuih Raya - Bahulu

Biar pelbagai jenis kek moden terdapat dipasaran, tetapi Hari Raya dirasakan kurang sempurna tanpa bahulu.Dahulu hanya bahulu yang bersaiz kecil, kini kepelbagaian bahulu telah direka termasuk bahulu pelbagai rasa dan bahulu gulung. Yang asli bahulu yang dimasak dengan arang dan inilah yang menggamit suasana Hari Raya.

Kuih Raya - Tumpi / Rempeyek

Dua ‘keropok’ asli Hari Raya ini kekal menjadi penyeri di Hari Raya dan masih diminati oleh kanak-kanak walaupun dalam generasi moden kini. Dipelbagaikan dengan tambahan ikan bilis dan kacang dhal, ia terus-terusan dihidangkan sebagai kuih raya walaupun telah dikomersilkan melangkau musim perayaan.

Kuih Raya - Almond London

Ini antara kuih raya moden mampu bertahan dan dapat kekal sebagai kuih raya. Ia menjadi terkenal kerana kanak-kanak sangat sukakannya disebabkan dua benda: kacang badam didalamnya dan coklat yang menyeliputinya. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga meminati kuih raya moden ini.

Kuih Raya - Tat Nenas

Satu lagi jenis kuih raya moden yang berjaya mendapat tempat sebagai kuih raya ialah tat nenas. Sejak ia mula dihidang sebagai kuih raya, popularitinya tidak pernah surut. Walaupun telah dipelbagaikan bentuk dan rasa, namun tat nenas yang asli masih lagi bertahan sebagai kuih raya yang sentiasa di cari