Thursday 28 August 2014

Pembangunan yang melampau di Johor Bahru

JB Alami Kepesatan Pembinaan 'Rumah Mampu Tengok'




MALAYSIA GAZETTE telah merungkai keadaan di Johor, yang mana kini sedang mengalami kepesatan pembinaan perumahan dan kesannya terhadap rakyat di negeri itu, terutamnya di Iskandar Malaysia.

Didalam artikel yang ditulis, kini terdapat satu kategori perumahan, khusus untuk golongan yang berkemampuan yang dipanggil oleh segelintir warga Johor Bharu sebagai "rumah mampu tengok". Panggilan sedemikian diberikan kerana harga yang ditawarkan jauh di luar kemampuan sebahagian besar rakyat negeri itu.

"Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju itu mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah manakala harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta."

"Sebab itu, saya dan penduduk JB yang lain menggelarkan kategori rumah ini sebagai 'rumah mampu tengok" kerana kita hanya mampu melihatnya dan tidak berkemampuan untuk memilikinya," menurut pekerja swasta, Hezree Abdul Samad, 35, kepada Malaysia Gazette hari ini.

Hazree yang kini sudah berumahtangga membuat jangkaan bahawa kebanyakan atau kesemua pembeli "rumah mampu tengok" berkenaan adalah dari Singapura serta China, yang dilihat berminat melabur di dalam sektor hartanah Johor.

No comments:

Post a Comment