Wednesday 27 August 2014

Tayar motor pecah, ibu maut

Tayar motor pecah, ibu maut




Seorang wanita terbunuh selepas motosikal dibonceng terbabas akibat tayar belakang pecah di Lendu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa Sazuha Shamsuddin, 48, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang anak lelakinya, Haikal Abd Hamid, 18, hilang kawalan selepas tayar belakangnya pancit lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik. Anak lelaki mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Abdul Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.




Sumber: Hmetro

No comments:

Post a Comment