Perkampungan setinggan tertinggi di dunia yang terletak di Caracas, Venezuela. Tower of David ialah sebuah bangunan terbiar yang terletak di tengah ibukota ini. Pada asalnya ia dibina sebagai bangunan pejabat pada tahun 1990 tetapi akibat masalah kewangan ianya terbengkalai sejak 1994. Selepas itu golongan gelandangan mula berpindah ke dalam bangunan tinggal ini dan menjadikannya sebuah kampung vertical. Kerana bangunan ini tidak siap tidak terdapat sistem lif, elektrik ataupun air.
Penduduk naik turun menggunakan tangga setiap hari. Bekalan air dan elektrik juga harus diusahakan sendiri. Di dalam Menara David ada kedai runcit, kedai gunting rambut dan pusat komuniti yang diusahakan penduduk. Ianya juga menjadi tempat penjenayah menyorok. Hanya 22 daripada 45 tingkat didiami dan dianggarkan 3000 orang menjadikan menara ini rumah mereka. Awal bulan lalu sebahagian besar penduduk sudah dipindahkan pihak kerajaan. Ini adalah kerana kerjaan Venezuela sudah membina rumah flat kos rendah untuk mereka. Flat kos rendah yang dibina lebih selamat didiami dan mempunyai segala kemudahan asas yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment