Monday, 25 August 2014

Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000


Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000


JIKA sebelum ini Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 terhadap bekas suaminya, AidIl Zafuan, kali ini dia memfailkan pula tuntutan mutaah sebanyak RM300,000.

Tuntutan itu dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Atrasina Mohd Zahrulail yang kemudiannya menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula.

Rita Rudaini Mokhtar, 38, hadir bersama peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain manakala Mohamad Aidil mahu pun peguamnya tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar prosiding itu.

Tuntutan mutaah iaitu pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Rita sahkan bercerai talak satu dengan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Aidil bagaimanapun sudah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada Mac tahun ini dan isterinya, Zarema Zainal kini sedang mengandung.

Apapun, semoga Aidil berlaku adil kepada kaum wanita walaupun kini berbahagia dengan isteri barunya.

No comments:

Post a Comment