Friday, 1 August 2014

Rekod baru kapal terbang kertas ajaibbenar, 01 Februari 2010



TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Takuo Toda mencipta rekod dunia apabila kapal terbang yang diperbuat daripada satu helaian kertas rekaannya berjaya bergerak di udara bagi tempoh yang lama.
Toda yang merupakan pengamal seni lipatan kertas atau origami melakukan 10 cubaan menerbangkan kapal terbang kertas itu yang sepanjang 10 sentimeter.
Kapal terbang kertasnya itu berada di udara selama 26. 1 saat.
Namun, catatan tersebut adalah yang terbaik bagi kapal terbang yang dihasilkan dengan satu helaian kertas.


Dia sebelum ini mencipta rekod 27.9 saat bagi kapal terbang kertas yang memiliki pita pelekat.
"Saya berasa amat tertekan kali ini," kata Takuo.
Percubaan memecah rekod dunia kapal terbang kertas itu dilakukan di sebuah hangar syarikat penerbangan Japan Airlines berhampiran Lapangan Terbang Haneda di sini.
Toda memberitahu, rahsia kejayaannya ialah menghalakan kapal terbang kertas itu ke arah atas dan bukannya ke hadapan.


No comments:

Post a Comment