Friday, 22 August 2014
Mat Soh ‘gugur’ di Syria, Alfatihah.
Mat Soh ‘gugur’ di Syria.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia sejurus terkena tembakan peluru kereta kebal ketika mempertahankan Kampung Syar'aya setelah bertempur selama sejam.
KUALA LUMPUR: Individu yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turob merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbunuh dalam perjuangan bersenjata di Syria.
Bekas ahli PAS yang turut berada di Syria, Lotfi Ariffin turut memaklumkan mengenai kematian Abu Turob melalui laman Facebook beliau.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia sejurus terkena tembakan peluru kereta kebal ketika mempertahankan perkampungan Syar’aya setelah bertempur selama sejam.
“Semalam, tengah hari mendapat berita dari Abu Talhah yang baru sampai dengan ambulans, bahawa ramai jemaah Malaysia telah tercedera, dan dia berkata berkemungkinan Abu Turob telah mendapat syahid. Hati kecil aku memaksa untuk tidak percaya,” tulis Lotfi.
Menurut Lotfi, ketika beliau dalam perjalanan ke Arzeh, beliau telah berselisih dengan kenderaan yang membawa jenazah Abu Turob.
“Aku terus melompat dari kereta dan terus menerkam jenazah. Aku sempat mencium pipi Assyahid dan mengucapkan “kita akan jumpa di sana bang, tunggu aku di sana bang’,” tulis Lotfi.
Difahamkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin ( mati syahid) selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.
Labels:
Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment