Setahun yang lepas, jejambat Putrajaya Link dan jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh. Semalam jam 8.30 malam, jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang masih dalam pembinaan bagi projek landasan MRT di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya telah telah tertanggal dari tiang dan terjatuh mengakibatkan 3 pekerja warga Bangladesh disyaki maut tertimbus dihempap konkrit tersebut.
Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya pada Isnin.
Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan telah tertanggal dari tiang dan terjatuh.
MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Tiga pekerja terbabit adalah warga negara Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.
Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kwasa Damansara yang dalam pembinaan.
Siasatan kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 yang dikendalikan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. telah digantung sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan MRT Corp kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.
“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.
Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.
Sumber Astro Awani.
Aku tak nak tulis banyak, korang boleh baca je artikel dulu yang lebih kurang sama point dia. Isu struktur runtuh ni bukan perkara yang baru, dah banyak kali pun berlaku, cuma yang lebih tak sedap didengar sebab ia berlaku ketika projek masih lagi dalam pembinaan yang pastinya masih di bawah seliaan dan pemantauan rapi oleh pihak kontraktor. Aku pun tak nak salahkan siapa2, cuma harap pihak berkuasa, Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH) serta SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap insiden ini. Walaupun yang maut itu warga Bangladesh, mereka tetap manusia yang nyawa mereka tetap bernilai kepada ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak2 mereka.
Cuma aku nak kongsi kisah kawan aku yang renovate rumah. Dia upah seorang kontraktor warga Indonesia untuk renovate rumah dia dengan harga yang agak murah. Renovationnya melibatkan sedikit perubahan pada struktur dalaman rumahnya di mana terdapat dinding yang dipecah agar ruangnya lebih besar. Namun di atas dinding yang dipecah tersebut ada tangki air yang setelah itu hanya ditampung dengan kayu.
Kawan aku bertanyakan kepada kontraktor Indon tersebut kuat ke kayu tu untuk tampung tangki air tu? Kontraktor tu cakap memang OK, memang biasa dah dia buat banyak rumah takde masalah. Member aku yang tak tahu apa2 pasal construction ni pun terima je lah cakap orang Indon tu.
Tiba2 satu hari selepas 1 bulan renovation siap, tangki air rumah dia runtuh sebab kayu yang menampung tangki air tu patah. Habis banjir rumah dia, perabot banyak yang kembang kat bahagian bawah dan plaster ceiling rumah dia pun rosak habis. Bila dia telefon balik dan bagitau kontraktor Indon tu, orang Indon tu terus off handphone dan tak dapat dihubungi langsung selepas itu.
Walau lepas tu member aku tu buat report polis, tapi dia sendiri yang terpaksa keluarkan kos balik untuk baiki semula semua benda yang rosak. Sebenarnya benda ni boleh dielakkan dan tak perlu berlaku pun kalau kontraktor Indon tu mengambil kira aspek kejuruteraan dan keselamatan yang betul dari awal.
Sebenarnya kejadian2 seperti konkrit runtuh, jejambat runtuh, tangki runtuh dan segala kemalangan yang disebabkan infrastruktur pembinaan ini tidak perlu berlaku pun dan ia boleh dicegah dan dielakkan kalau dari awal lagi sudah mengambil kira pelbagai aspek dan faktor dalam kejuruteraan awam, penyeliaan projek, pengurusan sumber manusia, pemantauan, pemeriksaan berkala, prosedur keselamatan, penggunaan bahan binaan yang berkualiti tinggi dan sebagainya dengan baik dan betul.
Tak tahu di mana silapnya, sama ada kecuaian manusia, tidak patuh kepada prosedur, kesilapan teknikal dan sebagainya, tapi yang pasti disebabkan kemalangan macam ni, kos dah jadi double dan masa pun dah rugi untuk membaiki segala kerosakan.
Aku faham ini adalah takdir, tapi tragedi yang disebabkan manusia adalah suatu yang boleh dicegah dan dielakkan, melainkan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, ribut taufan, gunung berapi, banjir dan lain2 bencana alam yang merupakan takdir Tuhan yang manusia tidak mampu untuk cegah dan elakkan daripada berlaku.
No comments:
Post a Comment