Sunday, 3 August 2014

Kisah Pengajaran: Jadikan Saya Sebuah Televisyen..


Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya..

'Kenapa menangis ni?'




'Lihatlah karangan budak ni..'



Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.




                                                    "Jadikan Saya Sebuah Televisyen"


                                  


"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.


Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.


Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.


Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.


Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.


Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."




Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata


'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'


Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.


'Abang, itu karangan anak kita!'


Jika diperhatikan sekarang ini.. suami dan isteri masing-masing sibuk untuk melayan dan fokus kepada telefon bimbit masing-masing.. dengan melayan email.. facebook.. whatsapp.. wechat.. kadang-kadang anak-anak tengok dari jauh sambil main mainannya keseorangan.. Adakalanya ketika sedang berkumpul atau makan satu keluarga, suasana mejadi sunyi dengan masing-masing sibuk melayan telefon bimibit mereka masing-masing.. Jangan pulak nanti anak-anak kita pulak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'..


Sama-samalah kita berikan perhatian pada insan-insan disekeliling kita yang perlukan perhatian dann kasih sayang kita.. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment