Jodoh tidak kesampaian, jururawat maut seminggu sebelum berkahwin
Kejadian menyayat hati ini apabila mangsa bakal berkahwin seminggu lagi. Amirah Abdul Rahim yang berusia 25 tahun sepatutnya menjadi seorang permaisuri hidup pada 30 Ogos ini. Kemalangan yang melibatkan dirinya di KM148 Lebuhraya PLUS Arah Utara (Muar) lebih kurang jam 7.20 pagi itu meragut nyawanya.
Kemalangan itu berlaku ketika Amirah di dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambiar, Ledang. Mangsa yang memandu berseorangan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan maut di tempat kejadian.
Bapa mangsa, Abdul Rahim Sobri amat sedih dengan nasib yang menimpa anaknya yang meninggal dunia ketika persiapan perkahwinannya sedang rancak dijalankan.
"Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain," katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit pada sebelah petang.
No comments:
Post a Comment