Hutan Lipur Sekayu Paling Popular
Hutan Lipur Lata Belatan
Seramai 197,532 pengunjung direkodkan melawat 11 hutan lipur dan hutan taman di Terengganu sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu, Hutan Lipur Sekayu (Hulu Terengganu), menjadi lokasi paling popular dan menerima kedatangan pengunjung tertinggi apabila merekod jumlah 76,842 pengunjung.
Penolong Pengarah (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Zuraida Zakaria berkata selain Hutan Lipur Sekayu, Hutan Lipur Lata Tembakah pula mencatat jumlah pengunjung kedua tertinggi iaitu 38,558 pengunjung diikuti Hutan Lipur Chemerong, Dungun seramai 26,407 pengunjung.
“Selain itu, Hutan Lipur Latan Belatan, Besut turut menjadi pilihan ramai pelawat dari dalam dan luar Terengganu, iaitu 22,638 pengunjung, diikuti Rimba Bandar Bukit Bauk seramai 1,304 orang pelawat.
“Tidak terkecuali, Hutan Lipur Lata Belatan (22,407 pengunjung) dan Hutan Lipur bukit bauk (1,304 pengunjung),” katanya kepada teganukita semalam.
Zuraida turut memberitahu, JPNT sentiasa melihat keperluan dari aspek kemudahan dan fasiliti yang perlu diselenggara serta ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pengunjung sekali gus menjadikan destinasi itu sebagai pilihan ketika musim cuti persekolahan dan hari minggu.
No comments:
Post a Comment