Orang ramai diminta membantu pihak polis dalam usaha mengesan Sakil Bul Bul Mia kanak-kanak berusia 4 tahun yang hilang sejak Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat oleh bapanya ketika ditinggalkan di rumahnya di 56 Jalan 3, Lebuh Pregrasive, Georgetown, jam 5 petang.
"Difahamkan bapa kanak-kanak itu keluar meninggalkan Sakil kerana mempunyai urusan.
"Namun selepas pulang lelaki itu mendapati anaknya sudah tiada," katanya.
Berita mengenai kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian sebuah syarikat kewangan (RHB Bank) menyiarkan foto dan butiran mengenai Sakil dalam sebuah akhbar Bahasa Inggeris hari ini
No comments:
Post a Comment