Khairul Anwar Rudin, 31, yang dalam perjalanan keluar dari gua dan berada pada ketinggian 10 meter bersama rakannya dipercayai terjatuh selepas terkejut melihat seekor ular putih.
Mangsa berjaya diselamatkan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.45 petang kelmarin selepas dia ditemui seorang peneroka yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
Dia yang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk menerima rawatan kini dilaporkan stabil, manakala rakannya Haslinda Isa, 44, tidak cedera.
No comments:
Post a Comment