Tuesday 26 August 2014

Ainul Aishah Marah Ditegur Seksi

Ainul aishah marah ditegur seksi - Masih ingat lagi dengan pelakon wanita bernama Ainul Aishah atau lebih dikenali sebagai Aishah? Dulu dia banyak berlakon dalam filem-filem terbitan syarikat Metrowealth milik David Teo. Namun, kerana memikirkan kerjaya sebagai pelakon tidak stabil, Aishah telah pun menarik diri dari dunia seni dan membina empayar perniagaannya sendiri.



Terbaru, Aishah seperti melenting dengan teguran yang diterima dari peminat-peminatnya mengenai satu gambar dirinya yang dimuat naik ke dalam profil Instagram. Di dalam gambar itu, dia hanya memakai pakaian yang tidak berlengan. Rata-rata peminatnya memuji kecantikan dirinya tetapi mengatakan sekiranya memakai baju yang lebih sopan di bulan Ramadhan, menyerlahkan lagi kecantikan dirinya.


Namun, teguran yang diberi tidak diterima oleh Aishah. Sebaliknya, dia seperti ‘angin’ dengan kata-kata yang diberikan. Kata Aishah, setiap orang yang menegurnya adalah ‘busy body’ dan tidak perlu sibuk menjaga atau menegur tentang perihal dirinya. Aishah juga memberikan kata-kata sekiranya ingin menegur, ‘pergi ke tempat lain’ dan ada di antara peminat-peminatnya menyokong dakwaan Aishah.









No comments:

Post a Comment