Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Ikan Bawal Masak Masam Manis Sesedap Rasa Pasti Nak lagi


Ikan Bawal Masak Masam Manis Sesedap Rasa Pasti Nak lagi





Cara masak ikan bawal ini sangat simple dan mudah...Masakan ini sesuai untuk remaja2 di luar sana yang ingin kan makanan yg mudah untuk di masak...seperti saya sendiri... Dan Sila lah mencuba resepi saya ini :)

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
2 biji bawang besar (di tumbuk)
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji cili merah (di tumbuk)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit ajinamoto
Sedikit gula jika perlu
Sedikit serbuk kunyit untuk goreng ikan
2 ekor ikan bawal

Cara-cara
1.Panaskan minyak.Sementara minyak panas,gaulkan sedikit serbuk kunyit dan garam pada ikan bawal.Dan goreng sehingga garing.

2.Panas kan minyak dan tumiskan bahan2 yang sudah di tumbuk tadi kecuali cili merah...tumis sehingga masak / garing.

3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan cili besar yang sudah di tumbuk tadi.Kacau sehingga sebati.

4.Apabila sudah sebati,masukkan sedikit garam,ajinamoto dan gula (jika perlu).Kacau.Masukkan sedikit air untuk di jadikan kuah sedikit.Kemudian potong satu biji bawang besar untuk di gaulkan bersama kuah itu tadi.

5.Masak sehingga bawang besar itu mnjadi lembut.Akhir sekali,masukkan ikan yang sudah di goreng tadi dan gaulkan nya.Siap di hidang.

Wednesday, 13 August 2014

IKAN MERAH MASAK KICAP RESEPI SEPANJANG ZAMAN


IKAN MERAH MASAK KICAP

Bahan-bahannya:

3 potong ikan merah bahagian ekor
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji bawang putih dihiris
5 batang cili merah dihiris
sedikit air asam jawa, kicap masin, kicap pekat dan gula

Cara-caranya:

1. Lumurkan isi ikan dengan garam kunyit dan goreng agak garing. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga layu dan masukkan kicap masin, kicap pekat, air asam jawa dan gula secukup rasa.
3. Bila agak mahu mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
4. Biar sebentar di atas api supaya kuah kicap dan ikan tadi meresap.

IKAN SELAR MASAK TAUCU SEKALI CUBA NAK LAGI


IKAN SELAR MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:

1kg ikan
2 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
3 cm halia
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.

Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

Tuesday, 12 August 2014

SALMON BERSOS KRIM LEMON SESEDAP MENYENTAP


SALMON BERSOS KRIM LEMON SESEDAP MENYENTAP

BAHAN-BAHAN :

4 keping ikan salmon
2 ikat asparagus
1 ketul cauliflower -saiz sederhana
1 batang carrot

BAHAN-BAHAN SOS :

1 sudu teh olive oil
3 ulas bawang putih
1 cawan fresh cream
1 cawan susu segar
2 sudu kecil fresh thyme
1 sudu kecil mustard
1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam.Kemudian panaskan 1 sudu besar minyak zaiton dan goreng ikan salmon sampai masak.
2) Potong semua sayur mengikut cita rasa sendiri .Goreng semua sayur dalam lebihan minyak mengoreng ikan salmon tadi.Goreng sekejap saja semua sayur supaya tidak over cook sebab nanti sayur jadi terlalu lembut dan lembik.
3) Panas kan satu sudu teh minyak zaitun dan tumis bawang putih yang dicincang halus sampai wangi. Kemudian terus masukkan susu , cream , thyme , mustard dan kacau sehingga mendidih.
4) Bila kuah mula mendidih masukkan garam dan jus lemon jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon.Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan
sewaktu masih panas.

SUP 3 RASA IKAN MERAH HIRUPAN KETITISAN AKHIR


SUP 3 RASA IKAN MERAH HIRUPAN KETITISAN AKHIR

Bahan:

2 keping ikan merah
2 sudu besar rempah sup mak siti
bawang putih diketuk (tak perlu bawang merah lain sikit rasanya)
halia dimayang nipis
3 keping nanas dipotong ikut selera
tomato dibelah 4
cili merah dan hijau

Caranya:

tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi masukkan rempah sup dan sedikit air.
kacau sebati dan wangi.
masukkan air secukupnya diikuti nenas dan ikan akhir sekali buah tomato dan cili merah dan hijau dipotong dadu. masak sehingga mendidh dan perasakan garam.

sup ni tidak muak..sbb ada rasa masam nanas dan tomato. (masam pedas dan sup)

SAMBAL IKAN KELI LIDAH TAK KERUAN


SAMBAL IKAN KELI LIDAH TAK KERUAN

BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng sampai garing
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil gula-blh tambah ikut selera sendiri
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

12 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Goreng ikan keli sampai garing kemudain angkat dan tos bila ikan dah sejuk keluarkan semua tulang-tulang ikan dan kepala ikan sekali hanya ambil isi yang nak dimakan.

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping , gula dan biarkan cili masak dan sambal menjadi harum.

Masukkan bawang besar yang dimayang nipis kacau sekejap sampai bawang menjadi sedikit layu dan masukkans emua isi ikan keli goreng tadi . Masukkan garam kemudian kacau semua bahan sampai mesra , bila bawang besar dah layu boleh la ditutup api dapur.

Cara-Cara Hidangan Ikan Bakar Sambal Petai Pasti Terangkatt...


Ikan Bakar Sambal Petai Pasti Terangkatt

Bahan-bahan:

• 1 ekor ikan siakap sederhana besar-dibersihkan (kalau nak guna ikan lain pun boleh..)
• 3 papan petai-ambil isinya
• 1 helai daun kunyit
• 2 keping aluminium foil
Bahan-bahan untuk sambal: Semua bahan2 ni dikisar
• 10 biji cili kering
• 5 biji cili merah
• 1 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 batang serai
• 1 inci halia
• 2 biji buah keras
• sedikit belacan
• sedikit kunyit hidup
• minyak untuk menumis
• Garam dan gula secukup rasa
• 1 keping asam gelugor @ asam keping
• sedikit air
Cara-cara Menyediakan Sambal:
• Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
• Kemudian masukkan asam keping dan sedikit air
• Masak hingga sambal betul2 masak, masukkan gula dan garam secukup rasa, dan boleh diangkat.
Cara-cara Menyediakan Ikan Bakar:
• Panaskan Oven 180 darjah celcius
• Alaskan aluminium foil dengan sehelai daun kunyit.
• Kemudian tuangkan sebahagian sambal dan ratakan.
• Letakkkan ikan diatas sambal dan ditutup dengan lebihan sambal tadi.
• Taburkan petai diatas ikan dan bungkus ikan dengan aluminium foil.
• Bakar selama lebih kurang 40 minit.


Mari Cuba : MASAK LEMAK CILI API TERUBUK MASIN


MASAK LEMAK CILI API TERUBUK MASIN
---------------------------------------------------

Bahan-bahannya:

- 1 ekor ikan terubuk masin sarawak
- 5 biji kentang (kalau ganti nenas pun lagi best)
- 1 kotak kecil santan
- Cili padi – ikut citarasa la ye
- 2 batang serai – dititik
- Sedikit belacan
- Kunyit hidup sebesar ibu jari (serbuk kunyit pun boleh)
- Garam secukup rasa
- 3 keping asam keping ( kalau guna nenas tak payah guna asam keping pun takpe)

Cara-caranya:

Cili padi, belacan dan kunyit hidup diblender halus.Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama kentang dan sedikit air, masak sehingga kentang agak empuk.

Masukkan santan, serai ketuk dan ikan terubuk masin, kacau selalu supaya santan tak pecah.Bila kuah dah mendidih, masukkan asam keping dan garam secukup rasa.Bila kuah dah agak pekat boleh la tutup api, siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman bersama sambal belacan.
Photo: MASAK LEMAK CILI API TERUBUK MASIN
---------------------------------------------------

Bahan-bahannya:

- 1 ekor ikan terubuk masin sarawak 
- 5 biji kentang (kalau ganti nenas pun lagi best)
- 1 kotak kecil santan 
- Cili padi – ikut citarasa la ye
- 2 batang serai – dititik
- Sedikit belacan
- Kunyit hidup sebesar ibu jari (serbuk kunyit pun boleh)
- Garam secukup rasa
- 3 keping asam keping ( kalau guna nenas tak payah guna asam keping pun takpe)

Cara-caranya:

Cili padi, belacan dan kunyit hidup diblender halus.Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama kentang dan sedikit air, masak sehingga kentang agak empuk.

Masukkan santan, serai ketuk dan ikan terubuk masin, kacau selalu supaya santan tak pecah.Bila kuah dah mendidih, masukkan asam keping dan garam secukup rasa.Bila kuah dah agak pekat boleh la tutup api, siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman bersama sambal belacan.